Thursday, July 23, 2009
Cuti-Cuti Malaysia....
Insyaallah...kalau xde apa2 aral yg melintang minggu depan kami akan cuti2 Malaysia di Kuching. Inilah percutian pertama bersama Irfan dan juga pertama kali Irfan nak naik flight. Hrp2 Irfan x buatla aksi2 yg blh menyebabkan mama dan abah dia hilang sabar nanti yer...
Sebenarnya risau jugak nak pergi bercuti ni sbb skrg kan musim H1N1 tp tawakkal je la sbb semua dah byr. Rugi plak kalau cancel. Hrp2 semuanya selamatlah yer....Percutian ni pun dah dirancang dr tahun lepas lg so kena pergi jugakla nampaknya.
Oklah, nanti Mama update yer percutian Irfan di Kuching........
Monday, June 29, 2009
Irfan dah setahun......
Hari ini sy belikan sebiji kek dan hantar ke nursery tempat Irfan dijaga. Biar Irfan sambut bersama rakan2nya disana dulu, malam nanti baru celebrate dgn mama dan abah yer....
Banyak yg telah berubah sejak kehadiran Irfan dalam hidup sy dan suami....terasa hidup ini penuh dengan ceria setelah 10 tahun menanti kehadiran seorang yg dinamakan zuriat. harap2 lepas ni dptlah menambahkan bilangan ahli keluarga lg.
Harapan sy dan suami semoga Irfan membesar dengan sempurna dan menjadi anak yg soleh...Insyaallah....
Tuesday, June 23, 2009
Happy Father's Day....
Tahun ini merupakan tahun pertama utk suamiku @ abah Irfan untuk menyambut hari Bapa. Tahun lepas Irfan blum dilahirkan jd kami x celebratela...So tahun ni baru nak celebrate. Ini merupakan sambutan yg paling manis dan diingati kerana setelah 10 tahun penantian akhirnya kami suami isteri bergelar ibu dan ayah. Alhamdulillah atas kurniaan Tuhan yg Esa ini.
So, tahun ni kami celebrate ala kadar jer bersempena keadaan ekonomi yg x berapa mengizinkan. Oleh kerana Mother's day ari tu x sambut sbb keadaan kesihatan mama Irfan yg x mengizinkan, jd kami buat double celebration. Sambut hari Bapa dan Ibu sekali.
Hari Sabtu kami sekeluarga keluar shopping dan masing2 decide nak tukar hadiah, so abah irfan beli perfume utk mama dan mama pun beli perfume jgk utk abah memandangkan perfume masing2 dah nak abih....Lps beli hadiah, kami pergi diner kar Dalmiral's Cafe...Alahmdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Dan utk suprise, mama Irfan decide to give Abah small card for Father's day...kongsi dgn Irfan...hehehe...Xde apa yg special sgt tp semua tu bermakna bg kami suami isteri yg sekian lama hanya melihat org lain meraikan hari Ibu dan Bapa.
Maybe next year, kita akan celebrate lebih lg...mungkin gi bercuti ker sbb tahun ni budget dan simpan utk gi honeymoon kat Kuching bulan Ogos ni sempena our 11th wedding anniversary. Hopefully everything will be smooth as we plan.
Too Long......
Rasanya sambut kat KL je kot sbb mama dgn Irfan punya birthday beza satu hari jer...Jd buat sekali ler....
Okla...nanti sy update lg kalau ader cite yg menarik tentang Irfan yer.....
Saturday, May 2, 2009
Irfan - 10 bulan dah.....
Ini la gambo anak sedara baru sy...Baby perempuan berat 2.8 kg. Nama x tau lg...nanti sy bgtau lain yer....
Ni pula gambo Irfan yg terbaru.....
Friday, April 10, 2009
Dah pandai dah....
Cuma yang saya risaukan ialah berat badan Irfan ni...asyik turun naik jer....dah 9 bulan tp berat x sampai 8 kg lagi. Risau gak...dah mcm2 bagi mkn. Hrp2 okla hendaknya....Ujung bulan ni ader check-up kat klinik desa. Semoga semuanya ok, Amin......
Saturday, April 4, 2009
Lamanyer rasa....
Dua tiga hari ni Irfan x bape sihat, batuk sikit. Besok nak bwk Irfan gi check-up kat Metro Hospital,follow up kes dia masuk hospital ari tu....Mama Irfan pun ader follow up jgk besok dgn O&G. Hrp2 semuanya ok.
Wednesday, March 18, 2009
Award and Tag from Ayu
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
Aduh...letihnyer minggu ni....
Tuesday, March 10, 2009
Weekend at Cameron Highlands
Kami menyewa sebuah apartment 3 bilik kat Desa Antrium....Okla kalau nak duduk ramai2, ader semua fasiliti, blh memasak...jimatla blanja sikit. Ptg tu kami x kemana2 sbb ujan lgpun masing2 dah letih. Jd mlm tu masak nasi dan tomyam...lps mkn semua org layan tgk cite kat Star movie (Astro). Mlm tu, Irfan dah ok ...x demam dah. Punyala aktif sampai semua org nak tido, dia masih lg nak bermain.....
Esok paginya lepas sarapan pg, kami memulakan aktiviti meronda di Cameron. Destinasi pertama adalah Mardi...gi tgk bunga dan sayuran. Lps gi Mardi, kami menuju plak ke Boh Tea plantation kat Sg Palas. Punyala jem teruk sampai dekat setengah jam nak sampai ke kebun teh tu. Sampai kat sana kami jln2 dan minum teh...Tp x best sgt sbb ujan lebat. Lps je ujan berhenti kami pun bertolak dr kebun teh menuju Brinchang....Bkn apa nak cari mkn...masing2 blum mkn tghari...dah lapo. Sampai kat Brinchang, trus mkn kat medan selera. Pastu kami blk ke apartment trus rehat..masing2 dah letih. Mlmnya semua rilek kat bilik sbb ujan kat luar. Macam biasa, aktiviti mlm tu hanyalah dipenuhi dgn menonton movie kat Astro.....
Esok pgnya lps sarapan kami trus check out. Destinasi pertama adalah kebun strawberi KHM kat Kg Sedia. Kalau dah pergi kebun strawberi ni mesti kena mkn
Friday, March 6, 2009
Cuti-Cuti Malaysia....
Minggu ni cuti sampai Isnin sempena Maulidur Rasul, jd suami dan sy mengambil kesempatan utk pergi cuti2 malaysia kat Cameron Highland. Kami akan bertolak pg esok bersama BIL sekeluarga dan juga pekerja suami sy....Mcm company tripla lebih kurang....
Nanti minggu dpn sy post dan upload gambo...Harap2 Irfan okla...Semoga semua enjoy this weekend......
Monday, March 2, 2009
Selamat datang Nur 'Aina Dhamirah & Adam
Wednesday, February 25, 2009
Selamat datang ahli baru.....
Ini adalah cucu yang ke4 dlm family hubby saya. Sblum ni dah ader 3 org termasuk Irfan...yang dua lg girl jugak...Nampak gaya Irfan xde geng lg ler...kena tunggu tahun dpn la jwpnyer..hehehehe
Saya pulak akan menerima anak saudara lg dlm bulan 4 dan 5....Adik dan adik ipar sy bakal melahirkan anak mereka...yg sorang tu anak ke4 dan yg sorang lg anak ke2.....Sebelah keluarga sy dah ader 7 org cucu...nanti termasuk yg 2 ni jd 9 org....hehehe byk sungguh cucu mak sy. Kalau sebelah hubby ramai pompuan,sebelah sy plak ramai lelaki.
Nanti minggu depan sy upload gambo baby girl baru..Ujung minggu ni baru nak balik tengok kat Besout,Sungkai....X sabar rasanya nak tgk baby.....Smlm bila tahu jer adik ipar dah nak bersalin sy plak yg nervous dan menggelabah......Bila tahu dah selamat...rasa lega baru blh tido.....Kelakar kan......
Friday, February 20, 2009
Al-Fatihah
Sebenarnya smlm adalah kali pertama sy melihat Aimy kerana sblum ini ada sj yg menghalang dr melawat aruah...Mungkin bukan rezeki sy utk bertemu aruah semasa beliau masih bernafas....Kami menerima panggilan dr Haikal(bapa aruah) pd pkl 9.15 mlm, sewaktu ini kami tgh beli barang kat Prai. Terkejut sy kerana suami menerima panggilan dr Haikal sbb selalunya dia akan update mengenai Aimy menggunakan SMS sj. Sy mla rasa x sedap hati, lps suami letak matikan telefon suami bgtau yg Aimy telah kembali kerahmatullah...Innalillahhiwainnaialaihirajiun...
Apalagi, sy dan suami serta Irfan bergegas ke Gleneagles Medical Center utk bersama2 dgn keluarga aruah Aimy..Itu sj yg mampu kami lakukan...Itulah jg pertama kali kami menatap wajah Aimy...Betapa comelnya dia.....Kami berada disana sampai pkl 11.00 mlm dan kami pulang semua ke Kulim kerana Irfan mula merengek...Kesian sy tgk Mai...dlm keadaan dia yg masih berpantang dan diduga sebegini...Tiada apa yg mampu sy lakukan selain memeluk dan turut serta merasai keperitannya...Mmg la betul apa yg org kata...Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul......Sy sbgai seorg ibu dan juga pernah merasai kehilangan zuriat turut merasai apa yg dirasai oleh Mai (ibu aruah Aimy).....Betapa lama mereka menunggu (5 tahun) akhirnya Allah hanya meminjamkan Aimy kepada mereka cuma sebulan jer...Yang paling sy x tahan bila Mai mengatakan yg susu dia utk aruah penuh peti ais dirumah....Betapa syahdunya sy rasakan dan betapa hebat dugaan Tuhan pd mereka....
Aruah Aimy selamat sampai kerumah neneknya di Permatang Pauh dr GMC pd pkl 2.30 pg dan selamat dikebumikan pd pkl 10.30 pg di tanah perkuburan Islam di Kg Pertama, Permatang Pauh. Sy sempat mengunjungi keluarga aruah pg td dan bersama menguruskan jenazah Aimy...Hanya itu yg sy mampu lakukan sebagai seorg sahabat baik buat mereka...Tiada apa lg yg mampu sy lakukan selain dr memberi sepenuh sokongan pd mereka.....Semoga Haikal, Mai, Athirah dan Irdina tabah dan redha dgn pemergian aruah Aimy...Kita sudah melakukan apa yg termampu dilakukan oleh kita sebagai ibubapa tp ternyata Tuhan lebih menyayanginya...Aruah pasti akan kesyurga...Insyaallah.....
Harap semua sahabat dpt mendoakan kesejahteraan dan sedekahkan Al-Fatihah kpd aruah Nur Aimy Sabrina Bt Haikal Faiz.....Amin....
Wednesday, February 18, 2009
Sedihnyer rasa....
Emmm.....Tentu sahabat2 semua dah baca dlm Harian Metro hari ini mengenai bayi berusia 3 bulan di Serdang mati tersedak susu di bwh jagaan pengasuhnyer....Kesian kat ibu dan ayah baby tu...Baru jer nak merasai nikmat menjadi ibubapa, dah diambil pula zuriat itu dr mereka...Memangla semua ini ketentuan dr Ilahi tp cara baby tu meninggal membuatkan saya dan mungkin semua ibu diluar sana terfikir bagaimana setiap hari kita menyerahkan permata hati kita kepada org lain utk dijaga....Dan kita senantiasa berharap agar mereka dijaga sepertimana kita menjaga mereka sendiri di rumah....
Apa yang kita boleh lakukan selain berserah kepada Ilahi setiap kali kita menyerahkan mereka kpd pengasuh tak kira persendirian atau nursery...Saya sendiri setiap kali menjemput Irfan di nursery pasti akan membelek dia, tgk kalau2 ader apa yg x kena...Tp alhamdulillah setakat ini tiada apa yg terjadi lg...Biasala kalau setakat benjol tu...maklumlah Irfan ni aktif sikit...Kdg2 tu teacher kat tpt nursery die jenuh minta maaf kalau ader benjol ke apa ker.... Tapi semua tu takdir dr Ilahi kan.....Kalau nak jadi kita x mampu nak menentang nyer....
Dlm keadaan kita skrg dimana ibu juga bekerja, kita tiada pilihan lain lagi.. Yang mampu kita lakukan adalah berdoa agar semuanya selamat setiap hari...Andai ada apa2 yg terjadi kita hanya perlu redha dan berserah pada Ilahi....
Saturday, February 7, 2009
Irfan admitted......
Esok paginyer, sy EL sb demam Iran still x turn gak...waktu tu pi klinik dan Dr kata demam Irfan 38.2 C. Dr bg ubat...blk umah trus bg Irafn mkn ubat....Tghari tu dah ok sikit tetiba mlmnya Irfan demam balik...Check2 dah naik 39.1 C. Irfan plak dah x mau minum susu dan mkn ubat...
Itula citenyer mengapa sy mendiamkan diri seminggu ni.......Harap rakan2 semua mendoakan kesihatan Irfan yer...Skrg ni Irfan tgh recover...Alhamdulillah dah mahu mkn dan minum susu...cuma ubat jer susah nak mkn jer...siap nangis lg..agaknye dah tahu rasa ubat tu la.....
Friday, February 6, 2009
Award from Mummy Dasy
ok let's start
6. Suka memasak especially rendang...kalau raya sy la ambik kontrak masak rendang,kdg2 sampai 5 ekor skali masak....
Tuesday, February 3, 2009
Gambo kat Genting....
So, ini ler gambo Irfan kat Genting......Enjoyla yer x byk pun....
Monday, February 2, 2009
Reunion Persis at Taiping.....
Utk pengetahuan semua, weekend yg lalu kami sekeluarga bercuti di Taiping....menghadiri reunion Persis (skolah lama hubby I). Reunion ni berlangsung di Hotel Seri Malaysia Taiping...Kami sekeluarga sampai lewat dlm pkl 6.00 ptg...sesampai jer kat sana, lps check-in trus Irfan dgn abah dia terjun pool. Sempat mandi jap sblum maghrib. Mlm nyer dinner start pkl 8.30 mlm, Irfan tido jer sepanjang majlis....semua pelik sbb dia boleh tido dlm bising2 tu...hehehe. Rasa best gi reunion kali ni sbb Irfan ader...semua ucap tahniah sbb berjaya gak dpt zuriat setelah 10 tahun menanti...tapi kesian gak kat sorang member ni sbb still x berjaya lagi dpt zuriat lps 7 tahun kahwin....Mudah2an mereka akan berjaya gak mendpt zuriat seperti kami....
Setelah hampir 2 jam mandi, kami pun bertolak balik ke Kulim....Bestnyer rasa......Dah sampai kat umah...tahu aper jadi kat Irfan......Jeng...jeng...jeng.........
Kelakarkan Irfan ni.......
Saturday, January 31, 2009
Nak gi jln2......
Ptg ni nak bw Irfan gi swimming kat pool dihotel...mesti dia suka...Anak sy ni suka main air....Esok plak nak gi main air lg...kat Bukit Merah Laketown Resort. Hrp2 okla Irfan, jgn mengamuknye anak mama......
Friday, January 30, 2009
Apasal yer...
Alhamdulillah...smlm Irfan dah 7 bulan...byk gak achivement yg dia dah capai...memandangkan skrg ni 7 bulan, dia dah nak blajar berdiri dan berjln...Rasa2nya 8 atau 9 bulan Irfan akan boleh berjalan dgn sendiri...Cepat sungguh anak mama ni membesar...hehehe...Tetiba jer teringin nak baby kecil plak...
Mama harap Irfan akan membesar dgn sihatnya tanpa sbrg masalah...Ya Allah Kau selamatkanlah anakku dan Kau jdkanlah dia insan yg soleh...Amin.
Thursday, January 29, 2009
Seronoknyer....
Seperkara lg, syukur akhirnya majlis pertunangan adik ipar berlangsung dgn lancar...Kalau xde aral melintang bln 6 nanti mereka akan bersatu...Hrp2 mereka berdua akan tabah dan kekal menghadapi hari yg mendatang...
Perkembangan terbaru mengenai Nur Aimy...keadaan baby beransur pulih dan dah blh minum susu ibu. Skrg tgh tunggu jawapan dr IJN utk transfer Aimy kesana. Hajat hati nak gi jenguk Mai mlm ni kalau xde aral yg melintang. Hrp2 Mai suami isteri tabah menghadapi dugaan ini.
Saturday, January 24, 2009
Alkisahnyer....
Irfan punya seronok sbb dpt main ngan nenek dan pakcik dan paksu die....Smlm dia langsung x tido, pkl 12 tgh mlm baru dia tido.
Hari ni nak blk kg....adik ipar nak bertunang...Hemmm sibukla npknyer sbb setiap kali kenduri sylah yg paling sibuk. Nak buat itu nak buat ini....Skrg ni ader kat Kulim lg, x tau pkl bape nak bertolak blk ke kg hubby kat Felda Gunong Besout,Sungkai....Silap2 mlm baru blk.
Thursday, January 22, 2009
Alhamdulillah.....
Wednesday, January 21, 2009
Sedihnyer.....
Tuesday, January 20, 2009
Boringnyerrrrrrrrr.......
Monday, January 19, 2009
Ngeri.....
Lepas abih mama irfan beli brg, mama irfan pun pegi cari irfan dn abah irfan. sampai kat sana, abah irfan cite satu perkara yg mengerikan tlh berlaku pd irfan. Nak tahu apa? Irfan turun dr car seat dia sendiri dan hampir keluar dr keta sewaktu abah dia sibuk2 buka stroller kat blkg keta. Apalagi...menggelabah abah dia, trus chek tkut2 ader luka atau benjol kat mana2. Nasib baik ok...lps ni kena pasang seatbelt. sebelum ni x psg sbb dia x blh gerak2 sgt.alhamdullilah xde apa2 sbb Irfan ni kalau nak benjol pun lambat...kdg2 tu x tahu kena apa tiba2 benjol jer....Pastu dia ni jenis yg x kuat nangis melainkan kalau dah sakit sgt.....Kesian kat abah Irfan...pucat dia...
Saturday, January 17, 2009
Tak sihat....
Ari ni , sedar2 Irfan dah blh merangkak....Bestnyer...nanti sy load video Irfan merangkak yer....Abisla ...lps ni dia mesti tlg kemas umah utk mama dia..hehehehe