Monday, June 29, 2009

Irfan dah setahun......

Hari ni genap usia Irfan setahun...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Terlalu cepat masa berlalu rasanya...masih lg sy teringat sewaktu sy melahirkan Irfan. Rasanya baru sekejap saja peristiwa itu berlaku...kini sudah setahun berlalu rupanya.
Hari ini sy belikan sebiji kek dan hantar ke nursery tempat Irfan dijaga. Biar Irfan sambut bersama rakan2nya disana dulu, malam nanti baru celebrate dgn mama dan abah yer....
Banyak yg telah berubah sejak kehadiran Irfan dalam hidup sy dan suami....terasa hidup ini penuh dengan ceria setelah 10 tahun menanti kehadiran seorang yg dinamakan zuriat. harap2 lepas ni dptlah menambahkan bilangan ahli keluarga lg.
Harapan sy dan suami semoga Irfan membesar dengan sempurna dan menjadi anak yg soleh...Insyaallah....

Tuesday, June 23, 2009

Happy Father's Day....

Selamat Hari Bapa kepada suamiku, bapaku dan bapamertuaku juga x lupa buat semua bapa2 diseluruh dunia......

Tahun ini merupakan tahun pertama utk suamiku @ abah Irfan untuk menyambut hari Bapa. Tahun lepas Irfan blum dilahirkan jd kami x celebratela...So tahun ni baru nak celebrate. Ini merupakan sambutan yg paling manis dan diingati kerana setelah 10 tahun penantian akhirnya kami suami isteri bergelar ibu dan ayah. Alhamdulillah atas kurniaan Tuhan yg Esa ini.

So, tahun ni kami celebrate ala kadar jer bersempena keadaan ekonomi yg x berapa mengizinkan. Oleh kerana Mother's day ari tu x sambut sbb keadaan kesihatan mama Irfan yg x mengizinkan, jd kami buat double celebration. Sambut hari Bapa dan Ibu sekali.

Hari Sabtu kami sekeluarga keluar shopping dan masing2 decide nak tukar hadiah, so abah irfan beli perfume utk mama dan mama pun beli perfume jgk utk abah memandangkan perfume masing2 dah nak abih....Lps beli hadiah, kami pergi diner kar Dalmiral's Cafe...Alahmdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Dan utk suprise, mama Irfan decide to give Abah small card for Father's day...kongsi dgn Irfan...hehehe...Xde apa yg special sgt tp semua tu bermakna bg kami suami isteri yg sekian lama hanya melihat org lain meraikan hari Ibu dan Bapa.

Maybe next year, kita akan celebrate lebih lg...mungkin gi bercuti ker sbb tahun ni budget dan simpan utk gi honeymoon kat Kuching bulan Ogos ni sempena our 11th wedding anniversary. Hopefully everything will be smooth as we plan.

Too Long......

Assalamualaikum semua bloggers...Lama rasanya dah x update blog ni tp sy masih lg mengikuti perkembangan rkn2 blogger semua. Irfan pun dah besar dah...ujung bulan ni dah setahun...Kejap jer rasanya setelah sekian lama menanti kehadiran cahayamata.




Rasanya belum terlewat lg utk sy mengucapkan selamat pengantin baru buat adik ipar sy dan suaminya...semoga berbahagia hingga keakhir hayat dan dikurniakan dgn cahayamata yg soleh dah comel2 yer....
29 hb ni genap setahun Irfan....hrp2 Irfan akan menjadi anak yg soleh yg boleh membanggakan kedua ibubanya...Amin ya rabbal Alamin. Belum ade apa2 rancangan lg utk celebrate birthday Irfan tp weekend ni kami sekeluarga akan ke KL utk menghadiri function yg dianjurkan oleh TM. Irfan dan Mama ikut Abah jer..hehehe.
Rasanya sambut kat KL je kot sbb mama dgn Irfan punya birthday beza satu hari jer...Jd buat sekali ler....


Perkembangan terbaru pasal Irfan...dia dah blh berlari kesana sini, memanjat kerusi kat ruang tamu umah dan juga gig Irfan dah tumbuh lima batang...Yg kelakarnyer gigi atas naik siung dulu kiri kanan dan yg kat bwh naik kat depan 3 batang. So far dia blum lg ler nak mengigit sesiapa lg cuma skrg ni dia makin aktif dan suka explore.

Okla...nanti sy update lg kalau ader cite yg menarik tentang Irfan yer.....