Wednesday, February 25, 2009

Selamat datang ahli baru.....

Tahniah dan selamat datang sy ucapkan kepada ahli baru dlm keluarga adik ipar saya...Mereka suami isteri baru menimang cahayamata yang pertama semlm pd pukul 11.50 mlm. Baby girl,comel dan mulut merah.....putih gebu.
Ini adalah cucu yang ke4 dlm family hubby saya. Sblum ni dah ader 3 org termasuk Irfan...yang dua lg girl jugak...Nampak gaya Irfan xde geng lg ler...kena tunggu tahun dpn la jwpnyer..hehehehe
Saya pulak akan menerima anak saudara lg dlm bulan 4 dan 5....Adik dan adik ipar sy bakal melahirkan anak mereka...yg sorang tu anak ke4 dan yg sorang lg anak ke2.....Sebelah keluarga sy dah ader 7 org cucu...nanti termasuk yg 2 ni jd 9 org....hehehe byk sungguh cucu mak sy. Kalau sebelah hubby ramai pompuan,sebelah sy plak ramai lelaki.
Nanti minggu depan sy upload gambo baby girl baru..Ujung minggu ni baru nak balik tengok kat Besout,Sungkai....X sabar rasanya nak tgk baby.....Smlm bila tahu jer adik ipar dah nak bersalin sy plak yg nervous dan menggelabah......Bila tahu dah selamat...rasa lega baru blh tido.....Kelakar kan......

Friday, February 20, 2009

Al-Fatihah

Salam semua.....Disini ingin saya memberitahu bahawa Nur Aimy Sabrina telah kembali ke rahmatullah pada 19/2/2009 pukul 8.30 mlm setelah sebulan terlantar di hospital.....Al-Fatihah buat allahyarhamah.....Semoga rohnya dicucuri rahmat.....
Sebenarnya smlm adalah kali pertama sy melihat Aimy kerana sblum ini ada sj yg menghalang dr melawat aruah...Mungkin bukan rezeki sy utk bertemu aruah semasa beliau masih bernafas....Kami menerima panggilan dr Haikal(bapa aruah) pd pkl 9.15 mlm, sewaktu ini kami tgh beli barang kat Prai. Terkejut sy kerana suami menerima panggilan dr Haikal sbb selalunya dia akan update mengenai Aimy menggunakan SMS sj. Sy mla rasa x sedap hati, lps suami letak matikan telefon suami bgtau yg Aimy telah kembali kerahmatullah...Innalillahhiwainnaialaihirajiun...
Apalagi, sy dan suami serta Irfan bergegas ke Gleneagles Medical Center utk bersama2 dgn keluarga aruah Aimy..Itu sj yg mampu kami lakukan...Itulah jg pertama kali kami menatap wajah Aimy...Betapa comelnya dia.....Kami berada disana sampai pkl 11.00 mlm dan kami pulang semua ke Kulim kerana Irfan mula merengek...Kesian sy tgk Mai...dlm keadaan dia yg masih berpantang dan diduga sebegini...Tiada apa yg mampu sy lakukan selain memeluk dan turut serta merasai keperitannya...Mmg la betul apa yg org kata...Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul......Sy sbgai seorg ibu dan juga pernah merasai kehilangan zuriat turut merasai apa yg dirasai oleh Mai (ibu aruah Aimy).....Betapa lama mereka menunggu (5 tahun) akhirnya Allah hanya meminjamkan Aimy kepada mereka cuma sebulan jer...Yang paling sy x tahan bila Mai mengatakan yg susu dia utk aruah penuh peti ais dirumah....Betapa syahdunya sy rasakan dan betapa hebat dugaan Tuhan pd mereka....
Aruah Aimy selamat sampai kerumah neneknya di Permatang Pauh dr GMC pd pkl 2.30 pg dan selamat dikebumikan pd pkl 10.30 pg di tanah perkuburan Islam di Kg Pertama, Permatang Pauh. Sy sempat mengunjungi keluarga aruah pg td dan bersama menguruskan jenazah Aimy...Hanya itu yg sy mampu lakukan sebagai seorg sahabat baik buat mereka...Tiada apa lg yg mampu sy lakukan selain dr memberi sepenuh sokongan pd mereka.....Semoga Haikal, Mai, Athirah dan Irdina tabah dan redha dgn pemergian aruah Aimy...Kita sudah melakukan apa yg termampu dilakukan oleh kita sebagai ibubapa tp ternyata Tuhan lebih menyayanginya...Aruah pasti akan kesyurga...Insyaallah.....
Harap semua sahabat dpt mendoakan kesejahteraan dan sedekahkan Al-Fatihah kpd aruah Nur Aimy Sabrina Bt Haikal Faiz.....Amin....

Wednesday, February 18, 2009

Sedihnyer rasa....

Terima kasih kpd sahabat yg x putus2 mendoakan kesihatan Irafan. Irfan dah sihat dan dah aktif balik...tp bdn dia susut sikit lps demam ni. dua tiga hari ni dia mengalami cirit birit sikit..mungkin panas sbb mkn ubat kot....Tp nasib baik Dr ader bekalkan ubat cirit sblum discharge ari tu...Agaknyer Dr dah jangka kot nak cirit....Kesian tgk dier....Sabarlah anakku....Ini semua dugaan dr Ilahi buat kita sekeluarga...
Emmm.....Tentu sahabat2 semua dah baca dlm Harian Metro hari ini mengenai bayi berusia 3 bulan di Serdang mati tersedak susu di bwh jagaan pengasuhnyer....Kesian kat ibu dan ayah baby tu...Baru jer nak merasai nikmat menjadi ibubapa, dah diambil pula zuriat itu dr mereka...Memangla semua ini ketentuan dr Ilahi tp cara baby tu meninggal membuatkan saya dan mungkin semua ibu diluar sana terfikir bagaimana setiap hari kita menyerahkan permata hati kita kepada org lain utk dijaga....Dan kita senantiasa berharap agar mereka dijaga sepertimana kita menjaga mereka sendiri di rumah....
Apa yang kita boleh lakukan selain berserah kepada Ilahi setiap kali kita menyerahkan mereka kpd pengasuh tak kira persendirian atau nursery...Saya sendiri setiap kali menjemput Irfan di nursery pasti akan membelek dia, tgk kalau2 ader apa yg x kena...Tp alhamdulillah setakat ini tiada apa yg terjadi lg...Biasala kalau setakat benjol tu...maklumlah Irfan ni aktif sikit...Kdg2 tu teacher kat tpt nursery die jenuh minta maaf kalau ader benjol ke apa ker.... Tapi semua tu takdir dr Ilahi kan.....Kalau nak jadi kita x mampu nak menentang nyer....
Dlm keadaan kita skrg dimana ibu juga bekerja, kita tiada pilihan lain lagi.. Yang mampu kita lakukan adalah berdoa agar semuanya selamat setiap hari...Andai ada apa2 yg terjadi kita hanya perlu redha dan berserah pada Ilahi....

Saturday, February 7, 2009

Irfan admitted......

Salam semua....Maaf sbb dah lama x berblogging....bkn x nak tp sibuk sikit sbb Irfan admitted to Metro Hospital for 1 week. Actually, hari khamis minggu lepas Irfan dah demam tp x teruk sgt.jadi sy bg Irfan mkn ubat yg ader kat umah....balance Irfan demam hari tu.

Esok paginyer, sy EL sb demam Iran still x turn gak...waktu tu pi klinik dan Dr kata demam Irfan 38.2 C. Dr bg ubat...blk umah trus bg Irafn mkn ubat....Tghari tu dah ok sikit tetiba mlmnya Irfan demam balik...Check2 dah naik 39.1 C. Irfan plak dah x mau minum susu dan mkn ubat...
Mlm tu Irfan x blh tido..asal minum susu jer mesti muntah....Pagi esoknyer trus bwk gi Child Specialist kat Kulim (Kamachi)...bila Doc check suhu dah naik 39.2C. Trus masuk ubat kat punggung Irfan. Dr pesan kalau still x turun gak suruh bwk gi hospital, takut nanti kena sawan. Balik dr klinik trus jelum kpala Irfan supaya suhu turun. Irfan still muntah dan refuse mkn ubat, kalau mkn pun mesti muntah blk. Ptg nyer check suhu Irfan naik lg 39.8C, sy trus call husband ajak gi hospital....Bdn dah berpeluh dah..takut Irfan sawan.
Trus siap apa yg patut dan bwk Irfan gi Metro Hospital kat SP. Sampai jer Dr kat emergency check dan kata demam ni terlalu tinggi, waktu tu suhu 39.5C dan trus Irfan kena admit mlm tu jgk. Sy mmg dah sedia bj semua dah sbb mmg dah tahu nak kena admit. Kat emergency, Irfan kena masuk ubat kat punggung skali lg....pastu trus antar gi wad. Sampai kat wad, tunggu Dr Lim (pead) sampai. Pastu Irfan kena cucuk kat tangan kiri sbb nak masuk drip.....kesian Irfan dia nangis kuat....x pernah nangis mcm tu....Dr bgtau kena masuk drip sbb Irfan refuse minum susu dan air. Dr ambik darah Irfan gak sbb nak check takut ader denggi dan virus lain ker. Dr jgk suruh ambil urine.


Mlm tu sy dan hubby tido kat hospital. Esok paginyer, demam Irfan dah kurang sikit. Dr dtg check dan bgtau yg ujian darah xde virus atau denggi...Leganyer dgr.....Tgharinyer , Irfan dah x demam tp bila mlm demam blk...so x leh kuar lg. Hari selasa sy terpaksa cuti sbb Irfan still x discharge lg. Dr suruh Irfan jalani fisio utk kurangkan kahak...Kahak Irfan juga diambil dan dihantar ke lab...Kesian Irfan, punyala kuat nangis sbb kena sedut kahak.....Dr bgtau yg kahak Irfan xde virus....Pastu Dr suruh gi buat X-ray utk check samada paru2 Irfan ok x ...takut ader pneumonia atau bronkotis (x taula betul x eja)...dan ptgnyer Dr bgtau paru2 Irfan ok...Alhamdulillah.....


Irfan still kena tahan lg sbb batuk dia x ok lg...Nafas masih berbunyi tp nasib baik x semput...So Irfan still kena jalani fisio...Kesian tgk Irfan nangis kena sedut kahak.......sabar je la......Demam Irfan dah ok dah.....Akhirnya hari jumaat Irfan dah blh discharge.......Yahooooo...dah blh balik umah.....Seminggu gak bermlm di hospital dan seminggu gak sy x pegi keja...Nak buat mcmana....bkn kita yg minta semua ni terjadi.......

Itula citenyer mengapa sy mendiamkan diri seminggu ni.......Harap rakan2 semua mendoakan kesihatan Irfan yer...Skrg ni Irfan tgh recover...Alhamdulillah dah mahu mkn dan minum susu...cuma ubat jer susah nak mkn jer...siap nangis lg..agaknye dah tahu rasa ubat tu la.....

Friday, February 6, 2009

Award from Mummy Dasy


Terima ksih sbb kata blog ni cute...Sebenarnya baru je berjinak dlm dunia blogging ni....Oklah...let start.......
1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda
ok dah copy dah
2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda
3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum pemenang seterusnya
ok let's start
1 . Saya dan family jenis yang suka pergi melancong...Dulu waktu sblum ader Irfan mmg selalu gi holiday, tp semua dlm negerila...even masa mengandungkan Irfan pun still suka melancong jgk. Skrg ni bila Irfan dah besar, bila ader masa terluang atau rezeki lebih kami akan pergi melancong.
2. Satu lagi hobi saya dan hubby ialah menonton wayang...Pendek kata apa saja cerita yg menarik mesti pergi tgk...Tp itu dulula waktu Irfan blum ader...Skrg ni x pergi dah tgk wayang...tgk DVD jer kat umah...hehehehe
3. Sejak ader Irfan, bila pergi shopping mesti pantang tgk romper...kalau tgk ajer mesti nak beli...mula2 ingat sy sorang jer, rupanyer abah Irfan pun sama gak....Bila npk jer romper yg lawa sikit, kami berdua mesti gelak dan akhirnya mesti beli gak....x blh nak tahan la, tp kalau beli mesti beli saiz yg besar sikit supaya tahan lama.
4. Suka warna biru,hijau atau oren...itupun sbb hubby minat warna oren...Mula2 dulu x bape sgt tp lama2 lawa plak warna oren. Dan oleh sbb itu kebykkan bj Irfan wana hijau dan oren....
5. Saya ni dulu kurus...lepas kahwin naik sikit....pastu mkn lama makin bulat...Akhirnya last 2 years nekad kuruskan bdn...baru turun 10 kg, mengandungkan Irfan......Naik blk, skrg ni tgh berazam nak kurus balik...xtaula blh ke x. Bila tgk gambo waktu study...alahai alangkah bestnyer kalau blh jd camni...hehehehe. Hubby slalu kata mana la hilang awek dia yg kurus dulu tu.......

6. Suka memasak especially rendang...kalau raya sy la ambik kontrak masak rendang,kdg2 sampai 5 ekor skali masak....
7. Hobi terbaru saya ialah berblogging...hehehehe. Tahu sbb apa....teruja tgk kwn2 update @ cite pasal family dan anak2.....
8. Saya ni org Kedah..asal dr Jitra. Berkahwin dgn org perak...dah 10 tahun dah cuma baru dikurniakan anak tahun lps. Kerja kat Kulim, kerja kilang jer....
9. Perkara paling pantang dlm hidup saya ialah org yg bersikap talam dua muka...Dgn kita dia baik tp kat blkg kita dia mengata pasal kita...Org mcm ni x blh dipercayai langsung...
10. Suka berangan nak renovate umah tp duit x tau dok kat mana...kena cari dulu lorrrrr. Tapi satu hari nanti akan ku pastikan impian ini tercapai.......
Jenuh nak memikirkan 10 fakta atau hobi ni....
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog
Ok...dah siap dah......

Tuesday, February 3, 2009

Gambo kat Genting....

Emm...ari tu janji nak upload gambo Irfan kat Genting...Sorryla x berkesempatan, sibuk sikit sbb tinggal berdua dgn Irfan jer....Jd kena tunggu die tido dulu baru blh berblog, maklumlahla dia dah start berdiri dan jln sambil berpaut pd kerusi atau apa2 je yg blh berpautla pendek kata. Kena la tgk sbb takut die jatuh plak....
So, ini ler gambo Irfan kat Genting......Enjoyla yer x byk pun....




Monday, February 2, 2009

Reunion Persis at Taiping.....

Selamat bertemu semula semua.....Rindu rasanya walaupun 2 hari x berblog...ni dah kira mcm dah ketagih dah ni.....
Utk pengetahuan semua, weekend yg lalu kami sekeluarga bercuti di Taiping....menghadiri reunion Persis (skolah lama hubby I). Reunion ni berlangsung di Hotel Seri Malaysia Taiping...Kami sekeluarga sampai lewat dlm pkl 6.00 ptg...sesampai jer kat sana, lps check-in trus Irfan dgn abah dia terjun pool. Sempat mandi jap sblum maghrib. Mlm nyer dinner start pkl 8.30 mlm, Irfan tido jer sepanjang majlis....semua pelik sbb dia boleh tido dlm bising2 tu...hehehe. Rasa best gi reunion kali ni sbb Irfan ader...semua ucap tahniah sbb berjaya gak dpt zuriat setelah 10 tahun menanti...tapi kesian gak kat sorang member ni sbb still x berjaya lagi dpt zuriat lps 7 tahun kahwin....Mudah2an mereka akan berjaya gak mendpt zuriat seperti kami....
Abih dinner trus bwk Irfan balik bilik sbb dia x mkn mlm lg....Abih satu magkuk makanan dia mkn. Lps tu dia x nak tido, punyala aktif sampai pkl 1.00 pg x tido lg...Mama dia dah ngantuk dah..Akhirnya, mama dgn abah Irfan tutup lampu dan kepit Irfan kat tgh2, x taula pkl bape dia tido.




Esok pgnya, kami bertolak ke Bukit Merah Laketown Resort. Irfan tido dr taiping sampai ke bukit merah, lps bgn jer bermulalah episod main air (Irfan dgn abah dan mama dia). Kalau x percaya tgkla gambo kat bwh ni.......

Setelah hampir 2 jam mandi, kami pun bertolak balik ke Kulim....Bestnyer rasa......Dah sampai kat umah...tahu aper jadi kat Irfan......Jeng...jeng...jeng.........


Kelakarkan Irfan ni.......