Thursday, July 23, 2009

Cuti-Cuti Malaysia....

Selamat bersua kembali...Lama x berblog ni. Sibuk sikit kebelakangan ni sampai x sempat nak update pasal Irfan. Alhamdulillah Irfan sihat cuma skrg ni makin nakal dan aktif....Mama dah tahu nak kata apa lagi dah tapi kdg2 lucu jugak tengok perangai Irfan ni. Mcm2 gaya yg dia dah buat...
Insyaallah...kalau xde apa2 aral yg melintang minggu depan kami akan cuti2 Malaysia di Kuching. Inilah percutian pertama bersama Irfan dan juga pertama kali Irfan nak naik flight. Hrp2 Irfan x buatla aksi2 yg blh menyebabkan mama dan abah dia hilang sabar nanti yer...
Sebenarnya risau jugak nak pergi bercuti ni sbb skrg kan musim H1N1 tp tawakkal je la sbb semua dah byr. Rugi plak kalau cancel. Hrp2 semuanya selamatlah yer....Percutian ni pun dah dirancang dr tahun lepas lg so kena pergi jugakla nampaknya.
Oklah, nanti Mama update yer percutian Irfan di Kuching........

Monday, June 29, 2009

Irfan dah setahun......

Hari ni genap usia Irfan setahun...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Terlalu cepat masa berlalu rasanya...masih lg sy teringat sewaktu sy melahirkan Irfan. Rasanya baru sekejap saja peristiwa itu berlaku...kini sudah setahun berlalu rupanya.
Hari ini sy belikan sebiji kek dan hantar ke nursery tempat Irfan dijaga. Biar Irfan sambut bersama rakan2nya disana dulu, malam nanti baru celebrate dgn mama dan abah yer....
Banyak yg telah berubah sejak kehadiran Irfan dalam hidup sy dan suami....terasa hidup ini penuh dengan ceria setelah 10 tahun menanti kehadiran seorang yg dinamakan zuriat. harap2 lepas ni dptlah menambahkan bilangan ahli keluarga lg.
Harapan sy dan suami semoga Irfan membesar dengan sempurna dan menjadi anak yg soleh...Insyaallah....

Tuesday, June 23, 2009

Happy Father's Day....

Selamat Hari Bapa kepada suamiku, bapaku dan bapamertuaku juga x lupa buat semua bapa2 diseluruh dunia......

Tahun ini merupakan tahun pertama utk suamiku @ abah Irfan untuk menyambut hari Bapa. Tahun lepas Irfan blum dilahirkan jd kami x celebratela...So tahun ni baru nak celebrate. Ini merupakan sambutan yg paling manis dan diingati kerana setelah 10 tahun penantian akhirnya kami suami isteri bergelar ibu dan ayah. Alhamdulillah atas kurniaan Tuhan yg Esa ini.

So, tahun ni kami celebrate ala kadar jer bersempena keadaan ekonomi yg x berapa mengizinkan. Oleh kerana Mother's day ari tu x sambut sbb keadaan kesihatan mama Irfan yg x mengizinkan, jd kami buat double celebration. Sambut hari Bapa dan Ibu sekali.

Hari Sabtu kami sekeluarga keluar shopping dan masing2 decide nak tukar hadiah, so abah irfan beli perfume utk mama dan mama pun beli perfume jgk utk abah memandangkan perfume masing2 dah nak abih....Lps beli hadiah, kami pergi diner kar Dalmiral's Cafe...Alahmdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Dan utk suprise, mama Irfan decide to give Abah small card for Father's day...kongsi dgn Irfan...hehehe...Xde apa yg special sgt tp semua tu bermakna bg kami suami isteri yg sekian lama hanya melihat org lain meraikan hari Ibu dan Bapa.

Maybe next year, kita akan celebrate lebih lg...mungkin gi bercuti ker sbb tahun ni budget dan simpan utk gi honeymoon kat Kuching bulan Ogos ni sempena our 11th wedding anniversary. Hopefully everything will be smooth as we plan.

Too Long......

Assalamualaikum semua bloggers...Lama rasanya dah x update blog ni tp sy masih lg mengikuti perkembangan rkn2 blogger semua. Irfan pun dah besar dah...ujung bulan ni dah setahun...Kejap jer rasanya setelah sekian lama menanti kehadiran cahayamata.




Rasanya belum terlewat lg utk sy mengucapkan selamat pengantin baru buat adik ipar sy dan suaminya...semoga berbahagia hingga keakhir hayat dan dikurniakan dgn cahayamata yg soleh dah comel2 yer....
29 hb ni genap setahun Irfan....hrp2 Irfan akan menjadi anak yg soleh yg boleh membanggakan kedua ibubanya...Amin ya rabbal Alamin. Belum ade apa2 rancangan lg utk celebrate birthday Irfan tp weekend ni kami sekeluarga akan ke KL utk menghadiri function yg dianjurkan oleh TM. Irfan dan Mama ikut Abah jer..hehehe.
Rasanya sambut kat KL je kot sbb mama dgn Irfan punya birthday beza satu hari jer...Jd buat sekali ler....


Perkembangan terbaru pasal Irfan...dia dah blh berlari kesana sini, memanjat kerusi kat ruang tamu umah dan juga gig Irfan dah tumbuh lima batang...Yg kelakarnyer gigi atas naik siung dulu kiri kanan dan yg kat bwh naik kat depan 3 batang. So far dia blum lg ler nak mengigit sesiapa lg cuma skrg ni dia makin aktif dan suka explore.

Okla...nanti sy update lg kalau ader cite yg menarik tentang Irfan yer.....

Saturday, May 2, 2009

Irfan - 10 bulan dah.....



Salam semuanya....Lama x berblog, sibuk sikit kebelakangan ni...Alhamdulillah....Irfan dah blh berjalan dah. Hari tu check up kat klinik desa pun ok...berat dah naik sikit tp still nak kena maintain or increase Irfan punya berat. Sekarang ni Irfan mmg dah aktif cuma baru nak start ckp tp x tau ckp apa...yg pasti dah mula jerit2 la....Lambatla anak mama ni nak ckp dan tumbuh gigi sbb dah blh jln dulu....


Minggu lepas sy dan hubby serta Irfan balik kg sy kat Jitra...jenguk adik yg baru selamat melahirkan anak perempuan....

Ini la gambo anak sedara baru sy...Baby perempuan berat 2.8 kg. Nama x tau lg...nanti sy bgtau lain yer....


Ni pula gambo Irfan yg terbaru.....



video

Friday, April 10, 2009

Dah pandai dah....

Salam buat semua. Maaf sebab lama x update blog ni. Kebelakangan ni masa x berapa mengizinkan,syik balik lambat jer dari kerja...Untuk pengetahuan semua, Irfan dah sihat dah dari demam...Alhamdulillah, rupa2nya demam nak blh berjalan.Sekarang ni dah berani dah jlan sambil lepas tangan tapi x byk tapak lg la....Cepat sungguh anak mama ni berjalan...baru 9 bulan lebih jer.
Cuma yang saya risaukan ialah berat badan Irfan ni...asyik turun naik jer....dah 9 bulan tp berat x sampai 8 kg lagi. Risau gak...dah mcm2 bagi mkn. Hrp2 okla hendaknya....Ujung bulan ni ader check-up kat klinik desa. Semoga semuanya ok, Amin......

Saturday, April 4, 2009

Lamanyer rasa....

Dah lama rasanyer blog ni x berupdate...dah bersawang dah..Kebelakngan ni sibuk sikit, byk keja kat opis. Mlm bila balik sibuk plak melayan Irfan yg semakin hari dah semakin aktif, maklumlah dah blh bediri skrg ni cuma x berani nak berjalan lg. Kalau berjalan pun mestilah pegang merata (kerusi dan meja).
Dua tiga hari ni Irfan x bape sihat, batuk sikit. Besok nak bwk Irfan gi check-up kat Metro Hospital,follow up kes dia masuk hospital ari tu....Mama Irfan pun ader follow up jgk besok dgn O&G. Hrp2 semuanya ok.

Wednesday, March 18, 2009

Award and Tag from Ayu


Saya dapat award dan tag ni dari Ayu.Tag ni mengenai birthday wishlist, tapi saya punya birthday lambat lg...bulan 6...xpala buat ajela...

The rules are:

1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 frens of yours
Apa yg sy harapkan tahun ni..

1. Pertama sekali semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan senantiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT
2. Semoga keluarga sy selamat dan sihat, senantiasa dibawah lindunganNya
3. Dikurniakan zuriat,moga2 mengandungler ujung tahun ni,insyaallah......
4. Semoga menjadi isteri yg solehah dan seorg ibu yg memahami dan mampu mendidik dan mengasuh anak teruna sy ini dgn sabar dan tabah serta yg terbaik...hehehehehe
5. Hrp dpt pergi bercuti bersama keluarga agar dpt ngeratkan lg tali persaudaraan...
6. Semoga dipermudahkan didlm melakukan pekerjaan harian .
7. Semoga bertambah kenalan dan dapat berkongsi pengalaman dan ilmu terutama skali antara kwn2 blogger...
8. Dpt melunaskan segala utang
9. Dapat memenuhi azam tahun ini utk mengurangkan berat badan dan juga ambik lesen kereta...hehehe,yg ni mmg kena betul2 nekad....
10. Moga Irfan membesar dgn sihat dan sempurna, jadi anak yg soleh, diperelokkan suaranya, difasihkan lidahnya, diperkuatkan ingatannya untuk membaca dan menghafal Al-Quran dan hadis..amin.Insyaallah, moga Allah memperkenankan semuanya..aminn..(sorry Ayu...tiru sikit yer...hehehe.)
dan rakan2 yg kena jawab tag ini ialah:
sesiapa saja yg nak buat tag ni .........


Free Signature Generator

Aduh...letihnyer minggu ni....

Emmm, maafla sbb dah lama x update blog. Bukan apa kebelakangan ni sibuk sikit sbb asal weekend jer mesti xde kat umah....balik kampungler, pergi klinikla....dan mcm2 lagi. Mcm ujung minggu yg lepas...hari Sabtu kami pulang kekampung menghadiri majlis cukur rambut anak SIL yg baru lahir ujung bln 2 ari tu...sapa lagi kalau bukan Aina....
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Aina dah selamat dicukur dan dikhatankan.....Comelnyer die tp bila dah cukur nampak mcm lelakila pulak.....Apa2pun dia tetap cute...hehehehe.
Hari ahad plak Irfan ader appointment kat klinik desa sbb last week x gi,maklumla last week gi Cameron. Emmm, xde apa yg dikomen oleh nurse cuma next month kena pergi lg sbb berat Irfan kurang memberangsangkan..maklumla baru baik dr demam lps admit ari tu......
Tetiba semlm Irfan demam lg...ari ni gi jumpa child specialist...demam Irfan naik sampai 39.6....Emmm, maafkan mama syg sbb x dpt jg Irfan walaupun demam teruk sbb mama ade kerja yg blum siap kat opis....Jd mam terpaksa serahkan pd teacher kat nursery utk monitor Irfan punya demam. Alhamdulillah, ptg td lps ambik Irfan..mama tgk Irfan dah ok sikit, bdn pun x bape panas dah....Harap2 mlm ni Irfan okla sbb selalunya mlm baru Irfan start demam.
Mungkin Irfan demam sbb nak blh jln kot...skrg ni pun dia dah mula berdiri sambil lepas tangan dah. Entahlah...hrp2 xde masalah yg lain la...Mama dan Abah selalu mendoakan agar Irfan selalu sihat dan dilindungi oleh Allah SWT.
Ok, cukupla setakat ni...nanti sy update lg perkembangan terbaru Irfan......

Tuesday, March 10, 2009

Weekend at Cameron Highlands

Seperti yang dijanjikan, weekend yg lepas sy sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Kami bertolak ke Cameron pd pagi Sabtu. Kami sekeluarga pergi 2 kereta, 8 org semuanya...Sepatutnya my BIL ikut skali tp anak dia x bape sihat....
Actually, pagi sabtu tu Irfan mcm x bape sihat jer...sy rasa mcm dia nak demam jer. Tp kami pergi jgk sbb apartment dah book. So apalagi, bwk bekalan ubat la....


Sampai kat Cameron dah ptg, lebih kurang pkl 1.30 ptg....Irfan dah demam pulak...Sampai jer kat bilik, saya trus bg Irfan mkn ubat dan bg dia tido....Hrp2 bgn nanti dia dah okla.....


Kami menyewa sebuah apartment 3 bilik kat Desa Antrium....Okla kalau nak duduk ramai2, ader semua fasiliti, blh memasak...jimatla blanja sikit. Ptg tu kami x kemana2 sbb ujan lgpun masing2 dah letih. Jd mlm tu masak nasi dan tomyam...lps mkn semua org layan tgk cite kat Star movie (Astro). Mlm tu, Irfan dah ok ...x demam dah. Punyala aktif sampai semua org nak tido, dia masih lg nak bermain.....


Esok paginya lepas sarapan pg, kami memulakan aktiviti meronda di Cameron. Destinasi pertama adalah Mardi...gi tgk bunga dan sayuran. Lps gi Mardi, kami menuju plak ke Boh Tea plantation kat Sg Palas. Punyala jem teruk sampai dekat setengah jam nak sampai ke kebun teh tu. Sampai kat sana kami jln2 dan minum teh...Tp x best sgt sbb ujan lebat. Lps je ujan berhenti kami pun bertolak dr kebun teh menuju Brinchang....Bkn apa nak cari mkn...masing2 blum mkn tghari...dah lapo. Sampai kat Brinchang, trus mkn kat medan selera. Pastu kami blk ke apartment trus rehat..masing2 dah letih. Mlmnya semua rilek kat bilik sbb ujan kat luar. Macam biasa, aktiviti mlm tu hanyalah dipenuhi dgn menonton movie kat Astro.....

Esok pgnya lps sarapan kami trus check out. Destinasi pertama adalah kebun strawberi KHM kat Kg Sedia. Kalau dah pergi kebun strawberi ni mesti kena mkn


aiskrim....hehehehe...sedapnyer. Baru jer nak jln2 ujan turun dgn lebat...jd agak terbatas sikit pergerakan kami. Kami cuma berkesempatan singgah beli sayur kat dgn EQ. Abih jer shopping trus balik sbb nak sampai awal ke Kulim. Dan seperti kebiasaan apabila melalui Simpang Pulai, kami mesti pekena mee kicap...sedappppp.

Akhirnya, kami sampai ke Kulim lebih kurang pukul 8.30 mlm...Alhamdulillah....syukur semuanya selamat.

Friday, March 6, 2009

Cuti-Cuti Malaysia....

Salam untuk semua...Rasanya dah lama x berblog ni...X tahu nak tulis aper sebenarnyer sementelah sibuk menguruskan anak bujang sorang ni yg semakin aktif setiap hari. hari2 dipenuhi dgn aktiviti biasa...mengemas,memasak,membelai anak dan x lupa jgk membelai suami...hehehehe.
Minggu ni cuti sampai Isnin sempena Maulidur Rasul, jd suami dan sy mengambil kesempatan utk pergi cuti2 malaysia kat Cameron Highland. Kami akan bertolak pg esok bersama BIL sekeluarga dan juga pekerja suami sy....Mcm company tripla lebih kurang....
Nanti minggu dpn sy post dan upload gambo...Harap2 Irfan okla...Semoga semua enjoy this weekend......

Monday, March 2, 2009

Selamat datang Nur 'Aina Dhamirah & Adam

Alhamdulillah...seperti yang dijanjikan oleh sy, kami sekelurga telah selamat pulang kekampung utk menemui ahli keluarga baru...Nur 'Aina Dhamirah namanya...Comel dan merah mulutnyer...


Tp kami cuma berpeluang melihat 'Aina sekejap shj kerana pd hari Jumaat 'Aina dimasukkan ke hospital kerana kuning...Alhamdulillah hari Ahad 'Aina discharge, dptla kami melawat 'Aina dirumah MIL adik ipar....



Betapa jealousnyer Irfan tatkala sy mengendong 'Aina dan memeluknya....Mcmana ni kalau nak ader adik lg kalau cemburu mcm tu...Irfan...Irfan.



Sementelah perjalanan ke Kulim melalui Taiping, sy sekeluarga mengambil peluang melawat sahabat sy yg baru melahirkan cahayamata lelaki pd hari Sabtu yg lepas. Adam nama baby boy tu tp nama penuh blum ader lg ...still mencari kata mak dan ayah dia.




Apapun tahniah buat adik ipar dan sahabat sy atas kelahiran cahayamata masing2. Semoga menjadi anak yg soleh dan solehah...Itulah aset kita diakhirat nanti...Amin.

Wednesday, February 25, 2009

Selamat datang ahli baru.....

Tahniah dan selamat datang sy ucapkan kepada ahli baru dlm keluarga adik ipar saya...Mereka suami isteri baru menimang cahayamata yang pertama semlm pd pukul 11.50 mlm. Baby girl,comel dan mulut merah.....putih gebu.
Ini adalah cucu yang ke4 dlm family hubby saya. Sblum ni dah ader 3 org termasuk Irfan...yang dua lg girl jugak...Nampak gaya Irfan xde geng lg ler...kena tunggu tahun dpn la jwpnyer..hehehehe
Saya pulak akan menerima anak saudara lg dlm bulan 4 dan 5....Adik dan adik ipar sy bakal melahirkan anak mereka...yg sorang tu anak ke4 dan yg sorang lg anak ke2.....Sebelah keluarga sy dah ader 7 org cucu...nanti termasuk yg 2 ni jd 9 org....hehehe byk sungguh cucu mak sy. Kalau sebelah hubby ramai pompuan,sebelah sy plak ramai lelaki.
Nanti minggu depan sy upload gambo baby girl baru..Ujung minggu ni baru nak balik tengok kat Besout,Sungkai....X sabar rasanya nak tgk baby.....Smlm bila tahu jer adik ipar dah nak bersalin sy plak yg nervous dan menggelabah......Bila tahu dah selamat...rasa lega baru blh tido.....Kelakar kan......

Friday, February 20, 2009

Al-Fatihah

Salam semua.....Disini ingin saya memberitahu bahawa Nur Aimy Sabrina telah kembali ke rahmatullah pada 19/2/2009 pukul 8.30 mlm setelah sebulan terlantar di hospital.....Al-Fatihah buat allahyarhamah.....Semoga rohnya dicucuri rahmat.....
Sebenarnya smlm adalah kali pertama sy melihat Aimy kerana sblum ini ada sj yg menghalang dr melawat aruah...Mungkin bukan rezeki sy utk bertemu aruah semasa beliau masih bernafas....Kami menerima panggilan dr Haikal(bapa aruah) pd pkl 9.15 mlm, sewaktu ini kami tgh beli barang kat Prai. Terkejut sy kerana suami menerima panggilan dr Haikal sbb selalunya dia akan update mengenai Aimy menggunakan SMS sj. Sy mla rasa x sedap hati, lps suami letak matikan telefon suami bgtau yg Aimy telah kembali kerahmatullah...Innalillahhiwainnaialaihirajiun...
Apalagi, sy dan suami serta Irfan bergegas ke Gleneagles Medical Center utk bersama2 dgn keluarga aruah Aimy..Itu sj yg mampu kami lakukan...Itulah jg pertama kali kami menatap wajah Aimy...Betapa comelnya dia.....Kami berada disana sampai pkl 11.00 mlm dan kami pulang semua ke Kulim kerana Irfan mula merengek...Kesian sy tgk Mai...dlm keadaan dia yg masih berpantang dan diduga sebegini...Tiada apa yg mampu sy lakukan selain memeluk dan turut serta merasai keperitannya...Mmg la betul apa yg org kata...Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul......Sy sbgai seorg ibu dan juga pernah merasai kehilangan zuriat turut merasai apa yg dirasai oleh Mai (ibu aruah Aimy).....Betapa lama mereka menunggu (5 tahun) akhirnya Allah hanya meminjamkan Aimy kepada mereka cuma sebulan jer...Yang paling sy x tahan bila Mai mengatakan yg susu dia utk aruah penuh peti ais dirumah....Betapa syahdunya sy rasakan dan betapa hebat dugaan Tuhan pd mereka....
Aruah Aimy selamat sampai kerumah neneknya di Permatang Pauh dr GMC pd pkl 2.30 pg dan selamat dikebumikan pd pkl 10.30 pg di tanah perkuburan Islam di Kg Pertama, Permatang Pauh. Sy sempat mengunjungi keluarga aruah pg td dan bersama menguruskan jenazah Aimy...Hanya itu yg sy mampu lakukan sebagai seorg sahabat baik buat mereka...Tiada apa lg yg mampu sy lakukan selain dr memberi sepenuh sokongan pd mereka.....Semoga Haikal, Mai, Athirah dan Irdina tabah dan redha dgn pemergian aruah Aimy...Kita sudah melakukan apa yg termampu dilakukan oleh kita sebagai ibubapa tp ternyata Tuhan lebih menyayanginya...Aruah pasti akan kesyurga...Insyaallah.....
Harap semua sahabat dpt mendoakan kesejahteraan dan sedekahkan Al-Fatihah kpd aruah Nur Aimy Sabrina Bt Haikal Faiz.....Amin....

Wednesday, February 18, 2009

Sedihnyer rasa....

Terima kasih kpd sahabat yg x putus2 mendoakan kesihatan Irafan. Irfan dah sihat dan dah aktif balik...tp bdn dia susut sikit lps demam ni. dua tiga hari ni dia mengalami cirit birit sikit..mungkin panas sbb mkn ubat kot....Tp nasib baik Dr ader bekalkan ubat cirit sblum discharge ari tu...Agaknyer Dr dah jangka kot nak cirit....Kesian tgk dier....Sabarlah anakku....Ini semua dugaan dr Ilahi buat kita sekeluarga...
Emmm.....Tentu sahabat2 semua dah baca dlm Harian Metro hari ini mengenai bayi berusia 3 bulan di Serdang mati tersedak susu di bwh jagaan pengasuhnyer....Kesian kat ibu dan ayah baby tu...Baru jer nak merasai nikmat menjadi ibubapa, dah diambil pula zuriat itu dr mereka...Memangla semua ini ketentuan dr Ilahi tp cara baby tu meninggal membuatkan saya dan mungkin semua ibu diluar sana terfikir bagaimana setiap hari kita menyerahkan permata hati kita kepada org lain utk dijaga....Dan kita senantiasa berharap agar mereka dijaga sepertimana kita menjaga mereka sendiri di rumah....
Apa yang kita boleh lakukan selain berserah kepada Ilahi setiap kali kita menyerahkan mereka kpd pengasuh tak kira persendirian atau nursery...Saya sendiri setiap kali menjemput Irfan di nursery pasti akan membelek dia, tgk kalau2 ader apa yg x kena...Tp alhamdulillah setakat ini tiada apa yg terjadi lg...Biasala kalau setakat benjol tu...maklumlah Irfan ni aktif sikit...Kdg2 tu teacher kat tpt nursery die jenuh minta maaf kalau ader benjol ke apa ker.... Tapi semua tu takdir dr Ilahi kan.....Kalau nak jadi kita x mampu nak menentang nyer....
Dlm keadaan kita skrg dimana ibu juga bekerja, kita tiada pilihan lain lagi.. Yang mampu kita lakukan adalah berdoa agar semuanya selamat setiap hari...Andai ada apa2 yg terjadi kita hanya perlu redha dan berserah pada Ilahi....

Saturday, February 7, 2009

Irfan admitted......

Salam semua....Maaf sbb dah lama x berblogging....bkn x nak tp sibuk sikit sbb Irfan admitted to Metro Hospital for 1 week. Actually, hari khamis minggu lepas Irfan dah demam tp x teruk sgt.jadi sy bg Irfan mkn ubat yg ader kat umah....balance Irfan demam hari tu.

Esok paginyer, sy EL sb demam Iran still x turn gak...waktu tu pi klinik dan Dr kata demam Irfan 38.2 C. Dr bg ubat...blk umah trus bg Irafn mkn ubat....Tghari tu dah ok sikit tetiba mlmnya Irfan demam balik...Check2 dah naik 39.1 C. Irfan plak dah x mau minum susu dan mkn ubat...
Mlm tu Irfan x blh tido..asal minum susu jer mesti muntah....Pagi esoknyer trus bwk gi Child Specialist kat Kulim (Kamachi)...bila Doc check suhu dah naik 39.2C. Trus masuk ubat kat punggung Irfan. Dr pesan kalau still x turun gak suruh bwk gi hospital, takut nanti kena sawan. Balik dr klinik trus jelum kpala Irfan supaya suhu turun. Irfan still muntah dan refuse mkn ubat, kalau mkn pun mesti muntah blk. Ptg nyer check suhu Irfan naik lg 39.8C, sy trus call husband ajak gi hospital....Bdn dah berpeluh dah..takut Irfan sawan.
Trus siap apa yg patut dan bwk Irfan gi Metro Hospital kat SP. Sampai jer Dr kat emergency check dan kata demam ni terlalu tinggi, waktu tu suhu 39.5C dan trus Irfan kena admit mlm tu jgk. Sy mmg dah sedia bj semua dah sbb mmg dah tahu nak kena admit. Kat emergency, Irfan kena masuk ubat kat punggung skali lg....pastu trus antar gi wad. Sampai kat wad, tunggu Dr Lim (pead) sampai. Pastu Irfan kena cucuk kat tangan kiri sbb nak masuk drip.....kesian Irfan dia nangis kuat....x pernah nangis mcm tu....Dr bgtau kena masuk drip sbb Irfan refuse minum susu dan air. Dr ambik darah Irfan gak sbb nak check takut ader denggi dan virus lain ker. Dr jgk suruh ambil urine.


Mlm tu sy dan hubby tido kat hospital. Esok paginyer, demam Irfan dah kurang sikit. Dr dtg check dan bgtau yg ujian darah xde virus atau denggi...Leganyer dgr.....Tgharinyer , Irfan dah x demam tp bila mlm demam blk...so x leh kuar lg. Hari selasa sy terpaksa cuti sbb Irfan still x discharge lg. Dr suruh Irfan jalani fisio utk kurangkan kahak...Kahak Irfan juga diambil dan dihantar ke lab...Kesian Irfan, punyala kuat nangis sbb kena sedut kahak.....Dr bgtau yg kahak Irfan xde virus....Pastu Dr suruh gi buat X-ray utk check samada paru2 Irfan ok x ...takut ader pneumonia atau bronkotis (x taula betul x eja)...dan ptgnyer Dr bgtau paru2 Irfan ok...Alhamdulillah.....


Irfan still kena tahan lg sbb batuk dia x ok lg...Nafas masih berbunyi tp nasib baik x semput...So Irfan still kena jalani fisio...Kesian tgk Irfan nangis kena sedut kahak.......sabar je la......Demam Irfan dah ok dah.....Akhirnya hari jumaat Irfan dah blh discharge.......Yahooooo...dah blh balik umah.....Seminggu gak bermlm di hospital dan seminggu gak sy x pegi keja...Nak buat mcmana....bkn kita yg minta semua ni terjadi.......

Itula citenyer mengapa sy mendiamkan diri seminggu ni.......Harap rakan2 semua mendoakan kesihatan Irfan yer...Skrg ni Irfan tgh recover...Alhamdulillah dah mahu mkn dan minum susu...cuma ubat jer susah nak mkn jer...siap nangis lg..agaknye dah tahu rasa ubat tu la.....

Friday, February 6, 2009

Award from Mummy Dasy


Terima ksih sbb kata blog ni cute...Sebenarnya baru je berjinak dlm dunia blogging ni....Oklah...let start.......
1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda
ok dah copy dah
2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda
3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum pemenang seterusnya
ok let's start
1 . Saya dan family jenis yang suka pergi melancong...Dulu waktu sblum ader Irfan mmg selalu gi holiday, tp semua dlm negerila...even masa mengandungkan Irfan pun still suka melancong jgk. Skrg ni bila Irfan dah besar, bila ader masa terluang atau rezeki lebih kami akan pergi melancong.
2. Satu lagi hobi saya dan hubby ialah menonton wayang...Pendek kata apa saja cerita yg menarik mesti pergi tgk...Tp itu dulula waktu Irfan blum ader...Skrg ni x pergi dah tgk wayang...tgk DVD jer kat umah...hehehehe
3. Sejak ader Irfan, bila pergi shopping mesti pantang tgk romper...kalau tgk ajer mesti nak beli...mula2 ingat sy sorang jer, rupanyer abah Irfan pun sama gak....Bila npk jer romper yg lawa sikit, kami berdua mesti gelak dan akhirnya mesti beli gak....x blh nak tahan la, tp kalau beli mesti beli saiz yg besar sikit supaya tahan lama.
4. Suka warna biru,hijau atau oren...itupun sbb hubby minat warna oren...Mula2 dulu x bape sgt tp lama2 lawa plak warna oren. Dan oleh sbb itu kebykkan bj Irfan wana hijau dan oren....
5. Saya ni dulu kurus...lepas kahwin naik sikit....pastu mkn lama makin bulat...Akhirnya last 2 years nekad kuruskan bdn...baru turun 10 kg, mengandungkan Irfan......Naik blk, skrg ni tgh berazam nak kurus balik...xtaula blh ke x. Bila tgk gambo waktu study...alahai alangkah bestnyer kalau blh jd camni...hehehehe. Hubby slalu kata mana la hilang awek dia yg kurus dulu tu.......

6. Suka memasak especially rendang...kalau raya sy la ambik kontrak masak rendang,kdg2 sampai 5 ekor skali masak....
7. Hobi terbaru saya ialah berblogging...hehehehe. Tahu sbb apa....teruja tgk kwn2 update @ cite pasal family dan anak2.....
8. Saya ni org Kedah..asal dr Jitra. Berkahwin dgn org perak...dah 10 tahun dah cuma baru dikurniakan anak tahun lps. Kerja kat Kulim, kerja kilang jer....
9. Perkara paling pantang dlm hidup saya ialah org yg bersikap talam dua muka...Dgn kita dia baik tp kat blkg kita dia mengata pasal kita...Org mcm ni x blh dipercayai langsung...
10. Suka berangan nak renovate umah tp duit x tau dok kat mana...kena cari dulu lorrrrr. Tapi satu hari nanti akan ku pastikan impian ini tercapai.......
Jenuh nak memikirkan 10 fakta atau hobi ni....
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog
Ok...dah siap dah......

Tuesday, February 3, 2009

Gambo kat Genting....

Emm...ari tu janji nak upload gambo Irfan kat Genting...Sorryla x berkesempatan, sibuk sikit sbb tinggal berdua dgn Irfan jer....Jd kena tunggu die tido dulu baru blh berblog, maklumlahla dia dah start berdiri dan jln sambil berpaut pd kerusi atau apa2 je yg blh berpautla pendek kata. Kena la tgk sbb takut die jatuh plak....
So, ini ler gambo Irfan kat Genting......Enjoyla yer x byk pun....




Monday, February 2, 2009

Reunion Persis at Taiping.....

Selamat bertemu semula semua.....Rindu rasanya walaupun 2 hari x berblog...ni dah kira mcm dah ketagih dah ni.....
Utk pengetahuan semua, weekend yg lalu kami sekeluarga bercuti di Taiping....menghadiri reunion Persis (skolah lama hubby I). Reunion ni berlangsung di Hotel Seri Malaysia Taiping...Kami sekeluarga sampai lewat dlm pkl 6.00 ptg...sesampai jer kat sana, lps check-in trus Irfan dgn abah dia terjun pool. Sempat mandi jap sblum maghrib. Mlm nyer dinner start pkl 8.30 mlm, Irfan tido jer sepanjang majlis....semua pelik sbb dia boleh tido dlm bising2 tu...hehehe. Rasa best gi reunion kali ni sbb Irfan ader...semua ucap tahniah sbb berjaya gak dpt zuriat setelah 10 tahun menanti...tapi kesian gak kat sorang member ni sbb still x berjaya lagi dpt zuriat lps 7 tahun kahwin....Mudah2an mereka akan berjaya gak mendpt zuriat seperti kami....
Abih dinner trus bwk Irfan balik bilik sbb dia x mkn mlm lg....Abih satu magkuk makanan dia mkn. Lps tu dia x nak tido, punyala aktif sampai pkl 1.00 pg x tido lg...Mama dia dah ngantuk dah..Akhirnya, mama dgn abah Irfan tutup lampu dan kepit Irfan kat tgh2, x taula pkl bape dia tido.




Esok pgnya, kami bertolak ke Bukit Merah Laketown Resort. Irfan tido dr taiping sampai ke bukit merah, lps bgn jer bermulalah episod main air (Irfan dgn abah dan mama dia). Kalau x percaya tgkla gambo kat bwh ni.......

Setelah hampir 2 jam mandi, kami pun bertolak balik ke Kulim....Bestnyer rasa......Dah sampai kat umah...tahu aper jadi kat Irfan......Jeng...jeng...jeng.........


Kelakarkan Irfan ni.......





Saturday, January 31, 2009

Nak gi jln2......

Seronoknyer ari ni....nak gi jln2 dgn hubby dan Irfan. Mlm ni nak tido kat Taiping,ader school reunion(hubby punyer school dulu). Mama dgn Irfan tumpang jer.....Ni le pertama kalinyer pergi bertiga...sblum ni berdua jer.
Ptg ni nak bw Irfan gi swimming kat pool dihotel...mesti dia suka...Anak sy ni suka main air....Esok plak nak gi main air lg...kat Bukit Merah Laketown Resort. Hrp2 okla Irfan, jgn mengamuknye anak mama......

Friday, January 30, 2009

Apasal yer...

Hari ni boring gak kat opis...Byk keja nak siapkan...almaklumlah tgh sibuk buat focal utk tahun ni...Esok mesti boring sbb tinggal berdua dgn Irfan jer. Mak dah nak blk mlm ni...jap gi lps maghrib nak antar balik.
Alhamdulillah...smlm Irfan dah 7 bulan...byk gak achivement yg dia dah capai...memandangkan skrg ni 7 bulan, dia dah nak blajar berdiri dan berjln...Rasa2nya 8 atau 9 bulan Irfan akan boleh berjalan dgn sendiri...Cepat sungguh anak mama ni membesar...hehehe...Tetiba jer teringin nak baby kecil plak...
Mama harap Irfan akan membesar dgn sihatnya tanpa sbrg masalah...Ya Allah Kau selamatkanlah anakku dan Kau jdkanlah dia insan yg soleh...Amin.

Thursday, January 29, 2009

Amboi.....blajar berdiri sambil berpaut plak tu

video

Seronoknyer....

Sekarang ni Irfan tengah sibuk nak duduk dan berdiri...Kalau dia x tido...aktiviti dia mesti menjelajah rumah dan yang terbaru ni berdiri sambil berpaut pd apa saja yg boleh dia berpaut....even kat bakul baju pun dia berpaut...Jatuh x tahula dah berapa kali, tapi tetap x serik...Itulah baby ni kan susah nak berputus asa....Kdg2 tgk gelagat mereka kelakar pun ader....
Seperkara lg, syukur akhirnya majlis pertunangan adik ipar berlangsung dgn lancar...Kalau xde aral melintang bln 6 nanti mereka akan bersatu...Hrp2 mereka berdua akan tabah dan kekal menghadapi hari yg mendatang...
Perkembangan terbaru mengenai Nur Aimy...keadaan baby beransur pulih dan dah blh minum susu ibu. Skrg tgh tunggu jawapan dr IJN utk transfer Aimy kesana. Hajat hati nak gi jenguk Mai mlm ni kalau xde aral yg melintang. Hrp2 Mai suami isteri tabah menghadapi dugaan ini.

Saturday, January 24, 2009

Alkisahnyer....

Petang smlm saya dpt call dr Mak saya. Tetiba jer dia kata nak datang....sbb adik cuti seminggu sekolah....Oleh kerana sy dan suami kerja, mak saya kata nak dtg sendiri naik bas....Risau gak sbb ni first time mak dtg naik bas.....Selalunya saya dan suami yg ambil dia dikg. Tunggu punya tunggu sampai pkl 7 ptg mak x sampai2 lg. Hati dah naik risau dah....akhirnya pukul 7.30 ptg camtu mak sampai dgn 2 org adik sy...Alhamdulillah.
Irfan punya seronok sbb dpt main ngan nenek dan pakcik dan paksu die....Smlm dia langsung x tido, pkl 12 tgh mlm baru dia tido.
Hari ni nak blk kg....adik ipar nak bertunang...Hemmm sibukla npknyer sbb setiap kali kenduri sylah yg paling sibuk. Nak buat itu nak buat ini....Skrg ni ader kat Kulim lg, x tau pkl bape nak bertolak blk ke kg hubby kat Felda Gunong Besout,Sungkai....Silap2 mlm baru blk.

Thursday, January 22, 2009

Alhamdulillah.....

Alhamdulillah....Hubby I dah balik dr outstation....Seronoknyer Irfan sbb Abah die dah balik....Siap bg signal suruh abah dia tidurkan dia td...Heheheheh...mcm2 perangai Irfan ni. Td ptg saya dpt berita dr Mai mengenai baby die...Emmm lupa plak nak ckp...Baby Mai namanyer Nur Aimy Sabrina....So mengikut sms yg diantar Mai, Aimy dah selamat menjalani pembedahan membaiki saluran najisnyer...Skrg ni Dr tgh monitor keadaan die slps operate. Kalau semua ok, maybe minggu dpn Aimy akan dipindahkan ke IJN bergantung kepada kekosongan dan juga Dr. Hrp2 cepatla Aimy sembuh dan selamat hendaknyer...Itu aje yg mampu kami sekeluarga doakan....

Wednesday, January 21, 2009

Sedihnyer.....

Hari ni rasa sedih sangat....Nak tahu kenapa?? Sebenarnya saya bersedih bagi pihak kawan baik saya...Namanya Mai dan dia baru melahirkan anak 2 hari lepas...Sebenarnya hubby dia kwn baik saya dan hubby saya....Ini adalah kelahiran yang ke-3 utk dia...Dua anaknya yg terdahulu adalah perempuan....Nak dijadikan cerita, saya mendapat berita kelahiran baby mereka dr hubby saya. Jd saya pun antar sms ucap tahniah kpd Mai dan hubby dia,Haikal. Hubby dia reply dan anto gambo baby diorg...comel sgt, ada iras kakak dia yg no 2. Tetiba, ptgnya hubby I antar sms bgtau baby diorg ada heart problem...one of her saluran tersumbat...so kena admit specialist and her condition quite critical....Baru jer tgh bersedih pasal berita ni tetiba ptg td hubby I bgtau kata ada satu lg berita sedih...Their baby got another problem...saluran najis xde. kesian kan.....Skrg ni diorg dah pindahkan baby diorg dr one of the specialist from penang to GH at Alor Setar....Saya mmg teringin sgt nak gi jenguk diorg tp hubby i masih outstation lg. Apa yg I blh buat hanyalah berdoa dan selalu berhubung dgn mereka...Terus terang saya ckp yg sy x berani nak call Mai lg sbb takut dia nangis...lgpun dia kan dlm pantang. Sbb hubby I bgtau yg husband dia nangis waktu call hubby I. I harap baby dia akan recover...My hubby told that their baby need to go for operation...maybe 2morrow. And for the heart condition look like need to wait until that little girl 6 months and the cost about RM47k......

Tuesday, January 20, 2009

Boringnyerrrrrrrrr.......

Ishkk....boringnyer rasa. Maklumla tinggal berdua dgn Irfan jer. Abah Irfan gi outstation sampai Jumaat..huhuuhuhh rindunyer...Nasib baik ader Irfan. Pagi tadi, awal2 lg Abah dia dah buat video call, nak tengok Irfan. Dah rindu katanyer....Oleh krn hubby xde jd aktiviti yg blh dilakukan ialah melayan kerenah Irfan yg semakin hari semakin bijak menjelajah keserata rumah...Dek kerana Irfan dah pandai merangkak...so brg2 semua nak kena pindah ketempat yg lebih tinggi...Nampaknya terpaksala buat operasi memasang pagar pd tangga...takut gak nanti dia panjat...Maklumla baby skrg ni advance sikit......

Monday, January 19, 2009

Ngeri.....

Semlm Irfan keluar shopping kat Sunway Carnival Seberang Jaya....pergi dgn Abah dan Mama Irfan. Maklumla mama irfan nak beli brg sikit, abah Irfan nak outstation.....Sampai kat sana, mama irfan singgah kedai aksesori brg pengantin sbb nak beli brg utk aunty irfan nak bertunang minggu depan...Jadi Irfan gi la shopping complex dgn abah dia dulu....
Lepas abih mama irfan beli brg, mama irfan pun pegi cari irfan dn abah irfan. sampai kat sana, abah irfan cite satu perkara yg mengerikan tlh berlaku pd irfan. Nak tahu apa? Irfan turun dr car seat dia sendiri dan hampir keluar dr keta sewaktu abah dia sibuk2 buka stroller kat blkg keta. Apalagi...menggelabah abah dia, trus chek tkut2 ader luka atau benjol kat mana2. Nasib baik ok...lps ni kena pasang seatbelt. sebelum ni x psg sbb dia x blh gerak2 sgt.alhamdullilah xde apa2 sbb Irfan ni kalau nak benjol pun lambat...kdg2 tu x tahu kena apa tiba2 benjol jer....Pastu dia ni jenis yg x kuat nangis melainkan kalau dah sakit sgt.....Kesian kat abah Irfan...pucat dia...

Saturday, January 17, 2009

Merangkak......

Ni la video Irfan merangkak......
video

Tak sihat....

Semalam Irfan x bape sihat, bad cough and flu.....Bawak pergi jumpa pead kat child specialist.....Dr tanya sakit apa? abah Irfan ckp dia batuk ngan selsema...tahu apa Irfan buat, dia siap demonstrate lg batuk dia...hehehehe...Dr pun ketawakan dia.....Lepas ambik ubat, Irfan kena sedut gas(inhale)...Kesian gak sbb dah lama x kena...nasib baik dia x nangis...
Ari ni , sedar2 Irfan dah blh merangkak....Bestnyer...nanti sy load video Irfan merangkak yer....Abisla ...lps ni dia mesti tlg kemas umah utk mama dia..hehehehe

Friday, January 16, 2009

Wednesday, January 14, 2009

Genting trip

Hari Ahad lalu, Abah Irfan bawak Irfan dan Mama pergi holiday kat Genting.....Seronoknyer Irfan dpt gi Genting...Cuaca kat sana sejuk gak...berkabus waktu siang dan ujan waktu mlm....Kami sekeluarga lepak kat Theme Park Hotel.......Gambo x sempat nak upload lg...nanti mama_irfan upload kan.....Semalam baru sampai balik dr Genting.....sampai umah pun dah dekat tengah mlm......Mana tidaknya, tetiba jer Abah Irfan ajak gi Cameron lps turun dr Genting.....Heheheh....mcm2 Abah irfan ni.....Actually ,trip ni utk pekerja2 Abah irfan....Mama_Irfan dgn Irfan join ajer....

Thursday, January 8, 2009

6 bulan dah....

Alhamdulillah .....Irfan dah berusia 6 bulan dah.....Hehehe...cepatnyer masa berlalu. Sekarang ni Irfan tgh sibuk nak merangkak......Harap2 x lama lg berjaya

Wednesday, January 7, 2009

About mama irfan & Irfan


Salam semua,


Sebenarnya mama_irfan ni baru jer nak blajar buat blog.....semua ni just utk keep some memories about my precious baby known as Irfan.....Lama jgk tunggu kelahiran baby yg sorang ni almost 10 years of marriage. Selepas beberapa kali kecewa ...akhirnya lahir jugak seorang bayi yang dinamakan Muhammad Irfan Shah pada 29 Jun 2008 jam 10:55 pagi di Hospital Metro Sungai Petani....


Harap sudila menjenguk ke blog ini dan memberi komen atau nasihat.......