Showing posts with label Good news. Show all posts
Showing posts with label Good news. Show all posts

Monday, March 2, 2009

Selamat datang Nur 'Aina Dhamirah & Adam

Alhamdulillah...seperti yang dijanjikan oleh sy, kami sekelurga telah selamat pulang kekampung utk menemui ahli keluarga baru...Nur 'Aina Dhamirah namanya...Comel dan merah mulutnyer...


Tp kami cuma berpeluang melihat 'Aina sekejap shj kerana pd hari Jumaat 'Aina dimasukkan ke hospital kerana kuning...Alhamdulillah hari Ahad 'Aina discharge, dptla kami melawat 'Aina dirumah MIL adik ipar....



Betapa jealousnyer Irfan tatkala sy mengendong 'Aina dan memeluknya....Mcmana ni kalau nak ader adik lg kalau cemburu mcm tu...Irfan...Irfan.



Sementelah perjalanan ke Kulim melalui Taiping, sy sekeluarga mengambil peluang melawat sahabat sy yg baru melahirkan cahayamata lelaki pd hari Sabtu yg lepas. Adam nama baby boy tu tp nama penuh blum ader lg ...still mencari kata mak dan ayah dia.




Apapun tahniah buat adik ipar dan sahabat sy atas kelahiran cahayamata masing2. Semoga menjadi anak yg soleh dan solehah...Itulah aset kita diakhirat nanti...Amin.

Wednesday, February 25, 2009

Selamat datang ahli baru.....

Tahniah dan selamat datang sy ucapkan kepada ahli baru dlm keluarga adik ipar saya...Mereka suami isteri baru menimang cahayamata yang pertama semlm pd pukul 11.50 mlm. Baby girl,comel dan mulut merah.....putih gebu.
Ini adalah cucu yang ke4 dlm family hubby saya. Sblum ni dah ader 3 org termasuk Irfan...yang dua lg girl jugak...Nampak gaya Irfan xde geng lg ler...kena tunggu tahun dpn la jwpnyer..hehehehe
Saya pulak akan menerima anak saudara lg dlm bulan 4 dan 5....Adik dan adik ipar sy bakal melahirkan anak mereka...yg sorang tu anak ke4 dan yg sorang lg anak ke2.....Sebelah keluarga sy dah ader 7 org cucu...nanti termasuk yg 2 ni jd 9 org....hehehe byk sungguh cucu mak sy. Kalau sebelah hubby ramai pompuan,sebelah sy plak ramai lelaki.
Nanti minggu depan sy upload gambo baby girl baru..Ujung minggu ni baru nak balik tengok kat Besout,Sungkai....X sabar rasanya nak tgk baby.....Smlm bila tahu jer adik ipar dah nak bersalin sy plak yg nervous dan menggelabah......Bila tahu dah selamat...rasa lega baru blh tido.....Kelakar kan......