Tuesday, March 10, 2009

Weekend at Cameron Highlands

Seperti yang dijanjikan, weekend yg lepas sy sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Kami bertolak ke Cameron pd pagi Sabtu. Kami sekeluarga pergi 2 kereta, 8 org semuanya...Sepatutnya my BIL ikut skali tp anak dia x bape sihat....
Actually, pagi sabtu tu Irfan mcm x bape sihat jer...sy rasa mcm dia nak demam jer. Tp kami pergi jgk sbb apartment dah book. So apalagi, bwk bekalan ubat la....


Sampai kat Cameron dah ptg, lebih kurang pkl 1.30 ptg....Irfan dah demam pulak...Sampai jer kat bilik, saya trus bg Irfan mkn ubat dan bg dia tido....Hrp2 bgn nanti dia dah okla.....


Kami menyewa sebuah apartment 3 bilik kat Desa Antrium....Okla kalau nak duduk ramai2, ader semua fasiliti, blh memasak...jimatla blanja sikit. Ptg tu kami x kemana2 sbb ujan lgpun masing2 dah letih. Jd mlm tu masak nasi dan tomyam...lps mkn semua org layan tgk cite kat Star movie (Astro). Mlm tu, Irfan dah ok ...x demam dah. Punyala aktif sampai semua org nak tido, dia masih lg nak bermain.....


Esok paginya lepas sarapan pg, kami memulakan aktiviti meronda di Cameron. Destinasi pertama adalah Mardi...gi tgk bunga dan sayuran. Lps gi Mardi, kami menuju plak ke Boh Tea plantation kat Sg Palas. Punyala jem teruk sampai dekat setengah jam nak sampai ke kebun teh tu. Sampai kat sana kami jln2 dan minum teh...Tp x best sgt sbb ujan lebat. Lps je ujan berhenti kami pun bertolak dr kebun teh menuju Brinchang....Bkn apa nak cari mkn...masing2 blum mkn tghari...dah lapo. Sampai kat Brinchang, trus mkn kat medan selera. Pastu kami blk ke apartment trus rehat..masing2 dah letih. Mlmnya semua rilek kat bilik sbb ujan kat luar. Macam biasa, aktiviti mlm tu hanyalah dipenuhi dgn menonton movie kat Astro.....

Esok pgnya lps sarapan kami trus check out. Destinasi pertama adalah kebun strawberi KHM kat Kg Sedia. Kalau dah pergi kebun strawberi ni mesti kena mkn


aiskrim....hehehehe...sedapnyer. Baru jer nak jln2 ujan turun dgn lebat...jd agak terbatas sikit pergerakan kami. Kami cuma berkesempatan singgah beli sayur kat dgn EQ. Abih jer shopping trus balik sbb nak sampai awal ke Kulim. Dan seperti kebiasaan apabila melalui Simpang Pulai, kami mesti pekena mee kicap...sedappppp.

Akhirnya, kami sampai ke Kulim lebih kurang pukul 8.30 mlm...Alhamdulillah....syukur semuanya selamat.

No comments:

Post a Comment