Friday, June 25, 2010

Selamat bertemu kembali

Salam untuk semua...Lama x update blog ni walaupun selalu gak menjengah blog2 kwn2 yg lain. Alhamdulillah...4 hari lagi Irfan akan menginjak ke usia 2 tahun. Dah besar anak mama ni...
Dan kalau xde apa aral melintang, tahun depan Februari Irfan akan jd abg...Yer , sy tgh mengandung sekarang ni , baru nak masuk 2 bulan. Jangka due 5 Feb 2011. Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak tambah bilangan ahli keluarga walaupun semua ni berlaku tanpa dirancang...Harap2 semuanya akan selamat....Amin.

Monday, January 11, 2010

Selamat bertemu kembali


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...Lama x berblogging...dah bersawang dah blog ni....Sibuk sikit kebelakangan ni tambahan pulak baru lepas operate bulan 11 ari tu, jd dah lama x jenguk kesini...

Irfan sekarang dah setahun setengah...dan pandai jalan dan dah pandai buat aksi macam2...x terlayan rasanya dengan keletah dia.....Sekarang ni apa saja aksi yg org buat dia pun nak ikut....Pergi tgk org main bola, balik dia pun sibuk nak sepak bola dalam rumah.

Hari ni bawa Irfan pergi cucuk setahun setengah...selalunya x demam tp ari ni demam pulak...Sampai x bg org sentuh langsung tempat yang cucuk td. Kesian anak mama...Xpala kalau Irfan demam besok mama cuti yer....Harap2 esok pagi okla hendaknya.


Thursday, July 23, 2009

Cuti-Cuti Malaysia....

Selamat bersua kembali...Lama x berblog ni. Sibuk sikit kebelakangan ni sampai x sempat nak update pasal Irfan. Alhamdulillah Irfan sihat cuma skrg ni makin nakal dan aktif....Mama dah tahu nak kata apa lagi dah tapi kdg2 lucu jugak tengok perangai Irfan ni. Mcm2 gaya yg dia dah buat...
Insyaallah...kalau xde apa2 aral yg melintang minggu depan kami akan cuti2 Malaysia di Kuching. Inilah percutian pertama bersama Irfan dan juga pertama kali Irfan nak naik flight. Hrp2 Irfan x buatla aksi2 yg blh menyebabkan mama dan abah dia hilang sabar nanti yer...
Sebenarnya risau jugak nak pergi bercuti ni sbb skrg kan musim H1N1 tp tawakkal je la sbb semua dah byr. Rugi plak kalau cancel. Hrp2 semuanya selamatlah yer....Percutian ni pun dah dirancang dr tahun lepas lg so kena pergi jugakla nampaknya.
Oklah, nanti Mama update yer percutian Irfan di Kuching........

Monday, June 29, 2009

Irfan dah setahun......

Hari ni genap usia Irfan setahun...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Terlalu cepat masa berlalu rasanya...masih lg sy teringat sewaktu sy melahirkan Irfan. Rasanya baru sekejap saja peristiwa itu berlaku...kini sudah setahun berlalu rupanya.
Hari ini sy belikan sebiji kek dan hantar ke nursery tempat Irfan dijaga. Biar Irfan sambut bersama rakan2nya disana dulu, malam nanti baru celebrate dgn mama dan abah yer....
Banyak yg telah berubah sejak kehadiran Irfan dalam hidup sy dan suami....terasa hidup ini penuh dengan ceria setelah 10 tahun menanti kehadiran seorang yg dinamakan zuriat. harap2 lepas ni dptlah menambahkan bilangan ahli keluarga lg.
Harapan sy dan suami semoga Irfan membesar dengan sempurna dan menjadi anak yg soleh...Insyaallah....

Tuesday, June 23, 2009

Happy Father's Day....

Selamat Hari Bapa kepada suamiku, bapaku dan bapamertuaku juga x lupa buat semua bapa2 diseluruh dunia......

Tahun ini merupakan tahun pertama utk suamiku @ abah Irfan untuk menyambut hari Bapa. Tahun lepas Irfan blum dilahirkan jd kami x celebratela...So tahun ni baru nak celebrate. Ini merupakan sambutan yg paling manis dan diingati kerana setelah 10 tahun penantian akhirnya kami suami isteri bergelar ibu dan ayah. Alhamdulillah atas kurniaan Tuhan yg Esa ini.

So, tahun ni kami celebrate ala kadar jer bersempena keadaan ekonomi yg x berapa mengizinkan. Oleh kerana Mother's day ari tu x sambut sbb keadaan kesihatan mama Irfan yg x mengizinkan, jd kami buat double celebration. Sambut hari Bapa dan Ibu sekali.

Hari Sabtu kami sekeluarga keluar shopping dan masing2 decide nak tukar hadiah, so abah irfan beli perfume utk mama dan mama pun beli perfume jgk utk abah memandangkan perfume masing2 dah nak abih....Lps beli hadiah, kami pergi diner kar Dalmiral's Cafe...Alahmdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Dan utk suprise, mama Irfan decide to give Abah small card for Father's day...kongsi dgn Irfan...hehehe...Xde apa yg special sgt tp semua tu bermakna bg kami suami isteri yg sekian lama hanya melihat org lain meraikan hari Ibu dan Bapa.

Maybe next year, kita akan celebrate lebih lg...mungkin gi bercuti ker sbb tahun ni budget dan simpan utk gi honeymoon kat Kuching bulan Ogos ni sempena our 11th wedding anniversary. Hopefully everything will be smooth as we plan.