Friday, February 20, 2009

Al-Fatihah

Salam semua.....Disini ingin saya memberitahu bahawa Nur Aimy Sabrina telah kembali ke rahmatullah pada 19/2/2009 pukul 8.30 mlm setelah sebulan terlantar di hospital.....Al-Fatihah buat allahyarhamah.....Semoga rohnya dicucuri rahmat.....
Sebenarnya smlm adalah kali pertama sy melihat Aimy kerana sblum ini ada sj yg menghalang dr melawat aruah...Mungkin bukan rezeki sy utk bertemu aruah semasa beliau masih bernafas....Kami menerima panggilan dr Haikal(bapa aruah) pd pkl 9.15 mlm, sewaktu ini kami tgh beli barang kat Prai. Terkejut sy kerana suami menerima panggilan dr Haikal sbb selalunya dia akan update mengenai Aimy menggunakan SMS sj. Sy mla rasa x sedap hati, lps suami letak matikan telefon suami bgtau yg Aimy telah kembali kerahmatullah...Innalillahhiwainnaialaihirajiun...
Apalagi, sy dan suami serta Irfan bergegas ke Gleneagles Medical Center utk bersama2 dgn keluarga aruah Aimy..Itu sj yg mampu kami lakukan...Itulah jg pertama kali kami menatap wajah Aimy...Betapa comelnya dia.....Kami berada disana sampai pkl 11.00 mlm dan kami pulang semua ke Kulim kerana Irfan mula merengek...Kesian sy tgk Mai...dlm keadaan dia yg masih berpantang dan diduga sebegini...Tiada apa yg mampu sy lakukan selain memeluk dan turut serta merasai keperitannya...Mmg la betul apa yg org kata...Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul......Sy sbgai seorg ibu dan juga pernah merasai kehilangan zuriat turut merasai apa yg dirasai oleh Mai (ibu aruah Aimy).....Betapa lama mereka menunggu (5 tahun) akhirnya Allah hanya meminjamkan Aimy kepada mereka cuma sebulan jer...Yang paling sy x tahan bila Mai mengatakan yg susu dia utk aruah penuh peti ais dirumah....Betapa syahdunya sy rasakan dan betapa hebat dugaan Tuhan pd mereka....
Aruah Aimy selamat sampai kerumah neneknya di Permatang Pauh dr GMC pd pkl 2.30 pg dan selamat dikebumikan pd pkl 10.30 pg di tanah perkuburan Islam di Kg Pertama, Permatang Pauh. Sy sempat mengunjungi keluarga aruah pg td dan bersama menguruskan jenazah Aimy...Hanya itu yg sy mampu lakukan sebagai seorg sahabat baik buat mereka...Tiada apa lg yg mampu sy lakukan selain dr memberi sepenuh sokongan pd mereka.....Semoga Haikal, Mai, Athirah dan Irdina tabah dan redha dgn pemergian aruah Aimy...Kita sudah melakukan apa yg termampu dilakukan oleh kita sebagai ibubapa tp ternyata Tuhan lebih menyayanginya...Aruah pasti akan kesyurga...Insyaallah.....
Harap semua sahabat dpt mendoakan kesejahteraan dan sedekahkan Al-Fatihah kpd aruah Nur Aimy Sabrina Bt Haikal Faiz.....Amin....

2 comments:

  1. saya hati dengar citer ni...AL FATIHAH....amin moga dicucuri rahmat..wat ibu arwah..byk2 bersabar..cukup hebat dugaan ini..saya dapat rasakan bertapa peritnya untuk terima semua ini...mengalir air mata..

    ReplyDelete
  2. Innalillah.... al-fatihah tuk arwah tapi berat mata memandang berat lg bahu yg memikul ......

    ReplyDelete