Friday, April 10, 2009

Dah pandai dah....

Salam buat semua. Maaf sebab lama x update blog ni. Kebelakangan ni masa x berapa mengizinkan,syik balik lambat jer dari kerja...Untuk pengetahuan semua, Irfan dah sihat dah dari demam...Alhamdulillah, rupa2nya demam nak blh berjalan.Sekarang ni dah berani dah jlan sambil lepas tangan tapi x byk tapak lg la....Cepat sungguh anak mama ni berjalan...baru 9 bulan lebih jer.
Cuma yang saya risaukan ialah berat badan Irfan ni...asyik turun naik jer....dah 9 bulan tp berat x sampai 8 kg lagi. Risau gak...dah mcm2 bagi mkn. Hrp2 okla hendaknya....Ujung bulan ni ader check-up kat klinik desa. Semoga semuanya ok, Amin......

Saturday, April 4, 2009

Lamanyer rasa....

Dah lama rasanyer blog ni x berupdate...dah bersawang dah..Kebelakngan ni sibuk sikit, byk keja kat opis. Mlm bila balik sibuk plak melayan Irfan yg semakin hari dah semakin aktif, maklumlah dah blh bediri skrg ni cuma x berani nak berjalan lg. Kalau berjalan pun mestilah pegang merata (kerusi dan meja).
Dua tiga hari ni Irfan x bape sihat, batuk sikit. Besok nak bwk Irfan gi check-up kat Metro Hospital,follow up kes dia masuk hospital ari tu....Mama Irfan pun ader follow up jgk besok dgn O&G. Hrp2 semuanya ok.

Wednesday, March 18, 2009

Award and Tag from Ayu


Saya dapat award dan tag ni dari Ayu.Tag ni mengenai birthday wishlist, tapi saya punya birthday lambat lg...bulan 6...xpala buat ajela...

The rules are:

1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 frens of yours
Apa yg sy harapkan tahun ni..

1. Pertama sekali semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan senantiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT
2. Semoga keluarga sy selamat dan sihat, senantiasa dibawah lindunganNya
3. Dikurniakan zuriat,moga2 mengandungler ujung tahun ni,insyaallah......
4. Semoga menjadi isteri yg solehah dan seorg ibu yg memahami dan mampu mendidik dan mengasuh anak teruna sy ini dgn sabar dan tabah serta yg terbaik...hehehehehe
5. Hrp dpt pergi bercuti bersama keluarga agar dpt ngeratkan lg tali persaudaraan...
6. Semoga dipermudahkan didlm melakukan pekerjaan harian .
7. Semoga bertambah kenalan dan dapat berkongsi pengalaman dan ilmu terutama skali antara kwn2 blogger...
8. Dpt melunaskan segala utang
9. Dapat memenuhi azam tahun ini utk mengurangkan berat badan dan juga ambik lesen kereta...hehehe,yg ni mmg kena betul2 nekad....
10. Moga Irfan membesar dgn sihat dan sempurna, jadi anak yg soleh, diperelokkan suaranya, difasihkan lidahnya, diperkuatkan ingatannya untuk membaca dan menghafal Al-Quran dan hadis..amin.Insyaallah, moga Allah memperkenankan semuanya..aminn..(sorry Ayu...tiru sikit yer...hehehe.)
dan rakan2 yg kena jawab tag ini ialah:
sesiapa saja yg nak buat tag ni .........


Free Signature Generator

Aduh...letihnyer minggu ni....

Emmm, maafla sbb dah lama x update blog. Bukan apa kebelakangan ni sibuk sikit sbb asal weekend jer mesti xde kat umah....balik kampungler, pergi klinikla....dan mcm2 lagi. Mcm ujung minggu yg lepas...hari Sabtu kami pulang kekampung menghadiri majlis cukur rambut anak SIL yg baru lahir ujung bln 2 ari tu...sapa lagi kalau bukan Aina....
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Aina dah selamat dicukur dan dikhatankan.....Comelnyer die tp bila dah cukur nampak mcm lelakila pulak.....Apa2pun dia tetap cute...hehehehe.
Hari ahad plak Irfan ader appointment kat klinik desa sbb last week x gi,maklumla last week gi Cameron. Emmm, xde apa yg dikomen oleh nurse cuma next month kena pergi lg sbb berat Irfan kurang memberangsangkan..maklumla baru baik dr demam lps admit ari tu......
Tetiba semlm Irfan demam lg...ari ni gi jumpa child specialist...demam Irfan naik sampai 39.6....Emmm, maafkan mama syg sbb x dpt jg Irfan walaupun demam teruk sbb mama ade kerja yg blum siap kat opis....Jd mam terpaksa serahkan pd teacher kat nursery utk monitor Irfan punya demam. Alhamdulillah, ptg td lps ambik Irfan..mama tgk Irfan dah ok sikit, bdn pun x bape panas dah....Harap2 mlm ni Irfan okla sbb selalunya mlm baru Irfan start demam.
Mungkin Irfan demam sbb nak blh jln kot...skrg ni pun dia dah mula berdiri sambil lepas tangan dah. Entahlah...hrp2 xde masalah yg lain la...Mama dan Abah selalu mendoakan agar Irfan selalu sihat dan dilindungi oleh Allah SWT.
Ok, cukupla setakat ni...nanti sy update lg perkembangan terbaru Irfan......

Tuesday, March 10, 2009

Weekend at Cameron Highlands

Seperti yang dijanjikan, weekend yg lepas sy sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Kami bertolak ke Cameron pd pagi Sabtu. Kami sekeluarga pergi 2 kereta, 8 org semuanya...Sepatutnya my BIL ikut skali tp anak dia x bape sihat....
Actually, pagi sabtu tu Irfan mcm x bape sihat jer...sy rasa mcm dia nak demam jer. Tp kami pergi jgk sbb apartment dah book. So apalagi, bwk bekalan ubat la....


Sampai kat Cameron dah ptg, lebih kurang pkl 1.30 ptg....Irfan dah demam pulak...Sampai jer kat bilik, saya trus bg Irfan mkn ubat dan bg dia tido....Hrp2 bgn nanti dia dah okla.....


Kami menyewa sebuah apartment 3 bilik kat Desa Antrium....Okla kalau nak duduk ramai2, ader semua fasiliti, blh memasak...jimatla blanja sikit. Ptg tu kami x kemana2 sbb ujan lgpun masing2 dah letih. Jd mlm tu masak nasi dan tomyam...lps mkn semua org layan tgk cite kat Star movie (Astro). Mlm tu, Irfan dah ok ...x demam dah. Punyala aktif sampai semua org nak tido, dia masih lg nak bermain.....


Esok paginya lepas sarapan pg, kami memulakan aktiviti meronda di Cameron. Destinasi pertama adalah Mardi...gi tgk bunga dan sayuran. Lps gi Mardi, kami menuju plak ke Boh Tea plantation kat Sg Palas. Punyala jem teruk sampai dekat setengah jam nak sampai ke kebun teh tu. Sampai kat sana kami jln2 dan minum teh...Tp x best sgt sbb ujan lebat. Lps je ujan berhenti kami pun bertolak dr kebun teh menuju Brinchang....Bkn apa nak cari mkn...masing2 blum mkn tghari...dah lapo. Sampai kat Brinchang, trus mkn kat medan selera. Pastu kami blk ke apartment trus rehat..masing2 dah letih. Mlmnya semua rilek kat bilik sbb ujan kat luar. Macam biasa, aktiviti mlm tu hanyalah dipenuhi dgn menonton movie kat Astro.....

Esok pgnya lps sarapan kami trus check out. Destinasi pertama adalah kebun strawberi KHM kat Kg Sedia. Kalau dah pergi kebun strawberi ni mesti kena mkn


aiskrim....hehehehe...sedapnyer. Baru jer nak jln2 ujan turun dgn lebat...jd agak terbatas sikit pergerakan kami. Kami cuma berkesempatan singgah beli sayur kat dgn EQ. Abih jer shopping trus balik sbb nak sampai awal ke Kulim. Dan seperti kebiasaan apabila melalui Simpang Pulai, kami mesti pekena mee kicap...sedappppp.

Akhirnya, kami sampai ke Kulim lebih kurang pukul 8.30 mlm...Alhamdulillah....syukur semuanya selamat.